|
Hampir 10 tahun berada dalam industri muzik tanah air, penyanyi Kaka Azraff berkata dia sentiasa mengintai ruang dan peluang untuk melebarkan sayap nyanyian ke negara seberang, Indonesia.
Semangat itu semakin memuncak selepas gandingannya bersama penyanyi Indonesia, Jaz Hayat menerusi lagu Karma menerima sambutan hebat pendengar. Menurut Kaka atau nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff, 31, dia sentiasa terbuka mengenai tawaran dan peluang mengembangkan bakat nyanyian di negara luar. "Sebenarnya dah lama saya impikan untuk ke pasaran Indonesia... bersyukur dapat bekerjasama dengan Jaz dalam lagu ini. "Saya terbuka untuk melangkah lebih jauh di sana, kalau ada rezeki dapat bekerjasama dengan artis dan komposer lain, memang saya suka dan tidak menolak.
"Ini kerana industri muzik di sana lebih besar dan itu merupakan impian saya sejak dahulu lagi," katanya kepada mStar. Kaka berkongsi mengenai impiannya itu semasa sidang media secara maya mempromosikan lagu terbaharunya bersama Jaz Hayat berjudul Karma.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.033761 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.