CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Lari Dengan Kekasih, Adik Jadi 'Bidan Terjun' Ganti Kakak

22-2-2021 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5572| Komen: 25

Malu selepas pengantin wanita tidak muncul beberapa minit majlis berlangsung, seorang remaja berusia 15 tahun terpaksa menjadi 'bidan terjun' dengan menggantikan tempat kakaknya.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di Odisha, India apabila seorang pengantin lelaki menikahi adik pengantin wanita yang masih muda berikutan pengantin perempuan melarikan diri bersama kekasih.



Gambar hiasan/Head Topics

Kejadian berlaku di Kampung Malpada, Selasa lalu apabila pengantin wanita tiba-tiba menghilang beberapa minit sebelum majlis berlangsung.

Portal India.com melaporkan pengantin lelaki berusia 26 tahun itu menunggu dan berharap calon isterinya itu akan segera kembali.
Bagaimanapun, tiada tanda bakal isterinya akan kembali sebelum keluarga mempelai wanita tiba-tiba menawarkan si adik yang baru sahaja berusia 15 tahun.

Keluarga pengantin nekad menggantikan anak mereka masih muda berikutan bimbang dengan tanggapan penduduk kampung.


Sebaik pernikahan berlangsung, pegawai daerah tempatan dilaporkan datang ke situ dan menyelamatkan gadis berkenaan.

Menurut pegawai perlindungan kanak-kanak daerah Kalahandi, Sukanti Behera, pihaknya menyelamatkan remaja berkenaan yang ketika itu sedang bersiap menduduki ujian.Behera berkata, keluarga kepada gadis itu dan pengantin lelaki tidak sedar pernikahan kanak-kanak tidak sah di India.

The New Indian Express melaporkan, Behera berkata, keluarga pengantin lelaki kemudian dimaklumkan remaja itu masih di bawah umur dan belum boleh berkahwin.

Ditanya mengenai insiden itu, ayah remaja berkenaan mengakui dia terpaksa menikahkan anaknya itu berikutan tekanan daripada orang lain.

Keluarga kedua-dua belah pihak sepakat untuk tidak meneruskan pernikahan itu sehingga usia gadis berkenaan mencapai 18 tahun iaitu umur yang dibenarkan untuk berkahwin.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 22-2-2021 08:11 AM
Dua tiga hari lagi nanti akan ada news - pengantin lari bersama boifren mati dibakar. {:thief
Quote selipar_hijau 22-2-2021 08:12 AM
Fuh nasib dapat diselamatkan
Quote chandrahusin 22-2-2021 08:15 AM
Syukur dapat diselamatkan
Quote KIM.K 22-2-2021 08:42 AM
Moden jugak kabupaten Odisha ni
Quote esbok 22-2-2021 08:58 AM
Banyak sangat tengok drama ni
Quote salimrock 22-2-2021 09:12 AM
antara sebab aku selalu pergi majlis nikah, ialah kalo lah terpaksa jadi bidan terjun abg salim on jah...
Quote Suchi 22-2-2021 09:42 AM
Dah macam filem plak sian dia.
Kang nanti jadila mcm drama petang2 kisah kawen paksa lama2 jatuh cinta
Quote mrsbob87 22-2-2021 09:53 AM
owh ganti tikar la ni
Quote notM 22-2-2021 09:55 AM
Pengaruh Bollywood
Quote allshares 22-2-2021 10:08 AM
Ko bimbang tanggapan org kampung apo, dah mmg org kg tau anak pompuan ko dah lari dgn jantan, bagi kawin dgn anak yg lain takkan menidakkan news anak pompuan ko yg lagi 1 sudah lari.
Quote becir 22-2-2021 10:11 AM
salimrock replied at 22-2-2021 09:12 AM
antara sebab aku selalu pergi majlis nikah, ialah kalo lah terpaksa jadi bidan terjun abg salim on j ...

Kalau bride tak lawa, tak kena kat Mata Abe Salim on jugak ke kahkah
Quote salimrock 22-2-2021 10:43 AM
becir replied at 22-2-2021 10:11 AM
Kalau bride tak lawa, tak kena kat Mata Abe Salim on jugak ke kahkah

errm, aku harapkan yg terbaik... biar lah pengatin lelaki dtg...

tp kalo terpaksa utk menyelamatkan keadaan, aku redho je...


hanya kalao terpaksa...



Quote kucingitam 22-2-2021 10:58 AM
mcm filem tamil betul ni
Quote Artemesiaa 22-2-2021 11:14 AM
Benda kalau tak betul cuba tutup macam mana pun terselak juga
Quote GigaMom 22-2-2021 11:19 AM
salimrock: antara sebab aku selalu pergi majlis nikah, ialah kalo lah terpaksa jadi bidan terjun abg salim on jah...



Kokohkohh
Untung sabut timbul kn
Quote duri_durians 22-2-2021 12:11 PM
Sebaik pernikahan berlangsung, pegawai daerah tempatan dilaporkan datang ke situ dan menyelamatkan gadis berkenaan.

Menurut pegawai perlindungan kanak-kanak daerah Kalahandi, Sukanti Behera, pihaknya menyelamatkan remaja berkenaan yang ketika itu sedang bersiap menduduki ujian. Behera berkata, keluarga kepada gadis itu dan pengantin lelaki tidak sedar pernikahan kanak-kanak tidak sah di India.


alhamdulillah selamat..
Quote supernaturalee 22-2-2021 12:18 PM
maria mariappan



Quote Noraniza_Iblis 22-2-2021 04:10 PM
leluhur ni dah 2021 pun..
still ikut perangai pprt estett tahun 1930an dlu...
keji2 je perangai
Quote batmana 24-2-2021 01:07 PM
ni semua masalah pendidikan..

pemikiran ke laut

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.050681 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top