|
Penerbit, pelakon dan Youtuber popular, Syahmi Sazli melakukan kejutan apabila menghadiahkan motosikal jenis Y15 kepada dua pelakonnya iaitu Yoe Parey dan Bedul.
Syahmi, 26, yang menerbitkan filem Mael Totey The Movie (MTTM) berkata, pemberian ini adalah sebagai tanda terima kasih buat mereka yang sering terbabit dengan produksinya. "Hadiah ini pun diberikan kerana mereka selalu minta motosikal Y15. Kedua-duanya, Yoe dan Bedul berhajat sangat nak beli motosikal jenis ini. Jadi, saya pun tunaikan sebagai hadiah tahun baharu. "Manakala Asif pula, sebenarnya dah belikan juga motosikal baharu. Tapi, disebabkan dia tak pandai naik motor, maka saya hadiahkannya barangan kelengkapan rumah. "Saya hadiahkan dia penyaman udara dan set kelengkapan rumah termasuk televisyen serta membuat sedikit ubahsuai rumahnya. Tujuannya, saya memang nak bagi mereka gembira," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.123223 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.