Kedai RM2 atau Kedai Eco menawarkan barangan dalam pelbagai kategori di bawah satu bumbung dijual pada harga serendah RM2, menjadi daya penarik pengunjung. Kunjungan ke kedai ini pasti pasti walaupun sekali kita berniat untuk membeli satu jenis barang, selepas itu akan keluar dengan sekurang-kurangnya satu beg plastik penuh berisi barang. Manakan tidak, semua barang yang diperlukan isi rumah dijual dengan harga mampu milik sangat menarik untuk dibeli walaupun belum tentu untuk menggunakannya lagi. Jadi, ramai menggelarkan kedai RM2 ini sebagai kedai saka atau kedai berhantu kerana mempunyai daya penarik kepada sesiapa sahaja yang memasukinya. Susulan gelaran itu, ECO Shop Malaysia muncul dengan video iklan berjudul ???Kedai Saka??? menerusi laman Facebook dan YouTubenya. Meninjau ruangan komen, ramai cukup terhibur dengan iklan itu dan berkongsi pengalaman masing-masing apabila menjejak kaki ke kedai barangan murah tersebut. Kedai ECO adalah jenama harian bagi setiap isi rumah di Malaysia. Bukan setakat harga murah, tetapi kualiti serta jenama setiap barang, menjadikan hidup kita lebih mudah. Terkini, kalau tak dapat ke kedai fizikal, pesan saja di Shopee. Cuma kena bayar untuk kos penghantaran. Bertambah-tambah berhantunya. Kemunculan kedai harga murah di Malaysia bak cendawan tumbuh selepas hujan sesungguhnya memenuhi keperluan pengguna dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini. Apapun belanjalah secara berhemah ya. -CARI |
djzara81 replied at 24-2-2021 09:57 AM
Baru jap tadi aku bc kat FB org dok viral kedai roti Eco. Kalo sedap mcm Lavender or Baker’s Cottag ...
user.name replied at 24-2-2021 10:05 AM
kedai roti dia macam dalam video iklan tu ke part hujung2 tu ada kek roti pastry segala? semua har ...
ADVERTISEMENT