Kemunculan bakat baharu dalam pelbagai cabang seni adalah perkara biasa. Ia umpama jika tiada yang lama, masakan ada yang baharu. Perjalanan kehidupan penggiat seni juga ibarat roda. Tidak selamanya berada di atas dan begitu sebaliknya. Semuanya bergantung kepada rezeki dan tuah selain bakat untuk menempa nama serta populariti.
Bagi pelakon, penyanyi dan pengacara, Izzue Islam, 31, dia memilih sentiasa mempersiapkan diri. Hampir 12 tahun membina nama dan 'menjual' bakat, Izzue sangat selesa jika selalu bersedia. "Dari awal pembabitan dalam industri seni bermula 2009, saya suka mencuba dan mencari peluang. Saya berusaha selagi mampu untuk mengejar apa yang diimpikan.
"Kini, semakin lama berada dalam bidang kerjaya ini saya sangat mengerti terhadap satu perkara iaitu tidak selamanya kita akan kekal berada di atas kerana sampai masa pasti ke bawah juga. "Jadi, umpama 'hukum alam' dalam kehidupan saya sebenarnya memang melekatkan di fikiran untuk sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Ia penting supaya saya tidak berasa terlalu sedih jika sudah jatuh. Malah, apabila detik itu tiba sekurang-kurangnya saya tidak mengalami kejutan yang teruk kerana sudah persiapkan diri lebih awal," katanya. Menurut anak jati Kelantan ini, dia gemar memandang positif pada semua perkara.
|
paanz replied at 24-2-2021 10:38 AM
tapi die ni berlakon power
tambah-tambah kalau watak antagonis. memang mantap.
lolipopbiru replied at 24-2-2021 10:41 AM
tapi kenapa dia mcm dah tak laku kt slot drama? lama dh tak nampak dia jadi hero akasia. padahal p ...
paanz replied at 24-2-2021 10:51 AM
aku rasa aritu ada je kat tv3
tak ingat drama apa
lolipopbiru replied at 24-2-2021 10:53 AM
tak perasan pulak. mybe sbb bkn slot perdana kot
skrg dia more to jd pak lawak. rugi bakat dan r ...
deebiz14 replied at 24-2-2021 10:59 AM
Baru ritu heols blakon watak antagonis kat astro kul 10 mlm tuh.
Menjadik sangat watak heols ala2 ...
eyansss replied at 24-2-2021 11:39 AM
tajuk drama please
ADVERTISEMENT