CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengeluar kondom, Karex catat untung luar biasa meningkat 27 kali ganda

24-2-2021 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2994| Komen: 19




KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Karex Bhd meningkat 27 kali ganda kepada RM2.79 juta pada suku kedua berakhir 31 Disember 2020, berbanding hanya RM102,000 setahun sebelumnya.

Prestasi memberangsangkan pada suku dikaji itu disumbangkan jualan kukuh kondom dan pelincir.

Pendapatan meningkat 6.1 peratus untuk mencecah rekod tertinggi RM115.75 juta, berbanding RM109.9 juta sebelumnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

"Di sebalik gangguan disebabkan pandemik COVID-19, jumlah jualan kondom ke pasaran tender dan komersial terus berkembang," katanya.

Bagi tempoh terkumpul enam bulan berakhir 31 Disember 2020, Karex melaporkan keuntungan bersih RM7.24 juta, berbanding kerugian bersih RM65,000 dalam tempoh sama tahun sebelumnya berikutan jualan lebih memberangsangkan.


Kredit foto : mStar


Pendapatannya dalam tempoh itu meningkat 6.18 peratus kepada RM217.48 juta daripada RM204.82 juta, berikutan jualan kondom lebih tinggi dalam pasaran komersial, terutama di rantau Asia dan Amerika.

Berhubung prospek, kumpulan kekal yakin bahawa ia dalam landasan untuk mengatasi cabaran operasi, yang berpunca daripada pandemik COVID-19, bagi memanfaatkan potensi peluang daripada penekanan baharu global terhadap kebersihan serta pencegahan penyakit.


Sumber – BeritaHarian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagnaklcc 24-2-2021 11:58 AM
Kat shopee review condom dgn lubricant beribu2. Ada komen "tak try lagi"... "puas hati" ... tapi gambar pakcik makcik. Awat la tak ubah settings.
Quote makadek 24-2-2021 12:02 PM
Appo kiranya nk bitau pandemic org duk rumah asyik kerja berjimakkk la ye..huntunglaaaaaa
Quote alieyrina 24-2-2021 12:06 PM
Ni feveret aku ..xbeli brand lain dah
Quote wnwa05 24-2-2021 12:07 PM
lasagnaklcc replied at 24-2-2021 11:58 AM
Kat shopee review condom dgn lubricant beribu2. Ada komen "tak try lagi"... "puas hati" ... tapi gam ...


kan! aku pun nyampah baca review kat shopee

rata2 terus review psal laju deliver dan barang cantik tapi tak cuba lagi. orang nak baca lepas cuba



Quote Kurex 24-2-2021 12:07 PM
Sebelum ni kan dah ada pasal ni? Ke ni jualan yg terbaru?
Quote Kurex 24-2-2021 12:08 PM
Wow... Sebelum ni pun sale mencanak seperti canaknya.....
Quote Kurex 24-2-2021 12:09 PM
Wow... Sebelum ni pun sale mencanak seperti canaknya.....
Quote Boomibulat 24-2-2021 12:15 PM
Ada perisa teh tarik dgn nasi lemak..?
Quote shark 24-2-2021 12:32 PM
motif perisa nasi lemak, rendang teh tarik bagai.. ko nak khongkek ke makan melantak shaitonn?
Quote shark 24-2-2021 12:33 PM

nanti poen bau nasi lemak  
Quote Itzy 25-2-2021 07:42 PM
shark: motif perisa nasi lemak, rendang teh tarik bagai.. ko nak khongkek ke makan melantak shaitonn?


Hahahahah x boleh brain
Quote lostnfaun 25-2-2021 07:50 PM
alieyrina replied at 24-2-2021 12:06 PM
Ni feveret aku ..xbeli brand lain dah

Bole share review skit kak?

Apa yg beza kan dia yer?
Quote alieyrina 26-2-2021 08:39 AM
lostnfaun replied at 25-2-2021 07:50 PM
Bole share review skit kak?

Apa yg beza kan dia yer?

Differ dgn durex aku rasa lubricants dia kut. One tak licin sgt x kasar, just nice. Durex mcm cair n nipis lubricants nya. Licin sgt pun iya durex. One x slippery
Aku cerita ni yg hijau basic one. Perisa pesen mcm2 aku x gemar
Quote dudaberhias 26-2-2021 09:00 AM
wnwa05 replied at 24-2-2021 12:07 PM
kan! aku pun nyampah baca review kat shopee

rata2 terus review psal laju deliver dan barang ...

kann... geram betul....
orang nak baca review dan demo siap gambar dan video sekali
kalau boleh nak request model tu samada aliff aziz atau fattah amin, bukan orang sama pun takpe janji ada iras2...

harap2 @Kurex dan @Themilo order yang baru nanti tolong komen sikit dekat bahagian review tu untuk kutip coins...
Quote aechae 26-2-2021 09:04 AM
Astagaa..bru tau karex ni buat kondom rupanya... mcm2 perasa ada rupanya ingatkn amek flavouring nk buat jus
Quote freakazoid 26-2-2021 09:09 AM
xde ke yg berduri punya?
Quote notM 26-2-2021 09:53 AM
Karex ke kurex...???
Quote notM 26-2-2021 09:54 AM
shark replied at 24-2-2021 12:32 PM
motif perisa nasi lemak, rendang teh tarik bagai.. ko nak khongkek ke makan melantak shaitonn?

Kalau Ada sambal belacan Dan Sambal kerang mesti Melayu ramai suka
Quote Themilo 28-2-2021 07:46 AM
dudaberhias replied at 26-2-2021 01:00 AM
kann... geram betul....
orang nak baca review dan demo siap gambar dan video sekali
kalau  ...

takyah nak iklan kondom sangat, uols taip je la mens underwear kat lazada & tengok part review.. penuh gambar "review" masing-masing.. i wonder, lazada ni tak pernah tapis ke content or review customer..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.046567 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top