BAITULMAQDIS: Israel semalam menghantar vaksin COVID-19 dalam 'kuantiti terhad' yang tidak digunakan ke Palestin dan beberapa negara lain selepas mengumumkan rancangan bagi meningkatkan hubungan diplomatik dengan Baitulmaqdis. Difahamkan, Israel sudah menghantar beberapa ribu dos vaksin ke wilayah Tebing Barat bagi memastikan petugas kesihatan divaksinasi. Bagaimanapun, Israel tidak mendedahkan jumlah tambahan dos yang akan dihantar. Kumpulan hak asasi dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan bahawa Israel di bawah undang-undang antarabangsa wajib melaksanakan vaksinasi ke atas semua penduduk Palestin berikutan penaklukan di wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Selain Palestin, mengikut laporan media Israel, Honduras yang mengumumkan pada tahun lalu akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis turut tersenarai di antara negara penerima vaksin. Dalam perkembangan berkaitan, Republik Czech yang turut merancang membuka pejabat diplomatiknya di Baitulmaqdis bulan depan, berkata pihaknya menerima 5,000 dos vaksin Moderna dari Israel. "Ini adalah hadiah dari Israel kepada Republik Czech," kata ketua pegawai kepada Perdana Menteri Republik Czech, Tunde Bartha. Dalam perkembangan berkaitan, pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, turut memaklumkan pihaknya menerima banyak permintaan daripada pelbagai negara bagi pembekalan vaksin. Israel berkata, pihaknya tidak menjangkakan mampu untuk memberikan bantuan secara signifikan sehingga selesai prosedur inokulasi dalam negara. "Bagaimanapun, dalam tempoh sebulan yang lalu, sejumlah vaksin yang tidak digunakan dikumpul dan kami memutuskan bagi membantu pasukan perubatan Palestin dan beberapa negara yang mempunyai hubungan baik dengan Israel dalam jumlah tertentu," katanya. Dalam pada itu, Menteri Pertahanan yang juga pencabar Netanyahu, Benny Gantz mengecam tindakan mengeksport vaksin yang dibayar oleh penduduk negara itu tanpa melakukan sebarang rundingan. Sumber - AFP/BeritaHarian |
tumpanglalu74 replied at 23-2-2021 08:31 PM
Ini macam Snow White makan epal mak tiri kasi.. In fact Snow White tu pon tak tau yang hulur epal t ...
tumpanglalu74 replied at 24-2-2021 12:31 PM
Ini macam Snow White makan epal mak tiri kasi.. In fact Snow White tu pon tak tau yang hulur epal t ...
darkness replied at 25-2-2021 07:56 PM
Patut israel ni xpayah vaccinekan orang dia. Sb katanya antivac, vaccine ni nak matikan org..alih2 i ...
ADVERTISEMENT