|
Selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir dikhabarkan sudah mendapat berita gembira. Ia berikutan Ayda dikatakan sudah hamil selepas pelakon tersebut menemui pakar perbidanan dan sakit puan, di Pusat Perubatan Prince Court untuk melakukan pemeriksaan.
Sumber mengesahkan berita positif itu yang mengatakan Ayda sudah hamil namun tidak dijelaskan berapa minggu usia kandungannya. mStar cuba mendapatkan pengesahan daripada Ayda namun panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab. Dalam pada itu, sumber memaklumkan pasangan ini masih belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tersebut memandangkan usia kandungan yang masih baharu.
Pada 6 Februari lalu, Ayda menerusi laman Twitter pernah menulis status meluahkan rasa syukur, bagaimanapun dia tidak menjelaskan maksud perkongsiannya itu.
|
go ! go ! go ayda nabil 
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.121225 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.