Seperti semua sedia maklum, rapper, Altimet telahpun memutuskan untuk bersara daripada industri seni tanah air bermula tahun 2019. Bagaimanapun, sebelum pengunduran dirinya itu, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad telah pun mengadakan sebuah konsert khas sebagai tanda penghargaan buat rakan-rakan industri dan juga para peminat. Terbaru, penyanyi lagu Amboi ini turut mendedahkan dirinya berasa amat terharu selepas mengetahui rata-rata rakan artis yang turut serta menjayakan konsert tersebut telah menolak untuk menerima pembayaran.
“Ni kira pesta kita kita ni. Fun fact: majority guest artist yang buat persembahan malam tu menolak bayaran yang kami bagi. “Ada yang action ambik cheque pastu tak bank in sampai sekarang. Aku sangat terharu. Thanks guys, I appreciate our friendship fr fr,” tulisnya. Kisah tersebut dikongsikan oleh Altimet menerusi sebuah ciapan yang dikongsikan di laman Twitter. Tambah Altimet lagi, ada juga segelintir artis yang telah mengambil check pembayaran tetapi sehingga kini masih lagi belum membuat sebarang transaksi. Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa rindu bila mengenang kembali momen-momen pada malam konsert terakhir Altimet itu. Sumber: Media Hiburan
|
AshkieLa replied at 24-2-2021 05:46 PM
ape drpd dulu dok dengar bersara kulu kilir..
tup2 kluar single baru... kolaborasi baru...
ni covi ...
KIM.K replied at 24-2-2021 04:03 PM
butuh dia bersara..duk guna modal bersara nak berkarya
ADVERTISEMENT