CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Abah Pesan Jangan Burukkan Orang" - Nurul Zahid

24-2-2021 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3590| Komen: 44

Menjadi lumrah bagi ahli politik berdepan kritikan dan serangan peribadi yang kadang-kala begitu berat sehingga mencalarkan maruah seseorang.



Sedar akan hal itu, Datuk Nurulhidayah merupakan anak kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkongsi ‘rahsia’ bapanya mendepani pelbagai ujian dan rintangan dalam arena politik.

Berdasarkan perbualan Nurulhidayah bersama bapanya, anak sulung kepada Presiden Umno itu berkata antara kunci utama mengharungi ombak dan badai politik adalah ‘sabar’.

“Saya tanya abah (Ahmad Zahid), macam mana abah boleh sabar tak keluarkan kata-kata marah pada mereka yang abah tahu ‘aktiviti gelap’ untuk menjatuhkan abah? Abah jawab simple ‘sabar’.

“Saya tak puas hati. Saya asak lagi abah ‘sampai bila?’. Abah senyum. Dia bagi tahu ganjaran besar bagi orang yang bersabar,” katanya di media sosial.


Kredit foto: IG Nurul

Ahmad Zahid yang merupakan bekas timbalan perdana menteri sememangnya tidak lari daripada pelbagai kritikan daripada pihak tertentu.

Berkecimpung dalam dunia politik sejak sekian lama, pelbagai rintangan dihadapi terutama selepas Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa sebagai kerajaan pada pilihan raya lalu.

Selain itu, Ahmad Zahid juga kini berdepan dakwaan di mahkamah membabitkan lebih 40 pertuduhan kes rasuah.

Terdahulu Nurulhidayah berkata, bapanya turut menasihati agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat di media sosial malah perlu sentiasa melakukan perkara mendatangkan kebaikan.

Jelasnya, kata-kata menjurus kepada kebaikan bukan sahaja menjadikan diri sebagai manusia berguna tetapi turut memperoleh ganjaran besar daripada Yang Maha Esa. 

“Abah pesan jangan hentam sesiapa di media sosial. Jangan burukkan orang pun. Banyakkan berpesan kepada kebaikan,” katanya lagi.


Sumber: ProjekMM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 24-2-2021 05:37 PM
dia datuk sbb apa ye?
Quote makneng 24-2-2021 05:40 PM
Mmmmmmkayyy
Quote CiliPadiSedap 24-2-2021 05:49 PM
sabar dengan buat pru jatuhkan abah muhyidin{:run
Quote Ah_Kwan 24-2-2021 06:02 PM
keh keh keh

wa tergelak guling2....
walau wa tak campur politaik mereka ini...
tapi ini memang lucu...

abah dia ketam kah?

[youtube]_SBa13Iibrw[/youtube]

keh keh keh
Quote Rogue98 24-2-2021 06:50 PM
Dah tua2 pun abah cow jugak kena ajar adab kat socmed ke?
Tak percaya langsung aku anak beranak ni. Buat semak jer dalam Umno.
Bukak yayasan sendiri guna untuk belanja personal diaorang....puiiiiiii.
Quote jerukkedondong 24-2-2021 06:54 PM
Tinot7 replied at 24-2-2021 05:37 PM
dia datuk sbb apa ye?

Sebab dia anak abah..
Quote Piramida 24-2-2021 06:55 PM
So .. praktik kan lah... stop membebel meng isu kan itu ini... begitu begini.
Quote Piramida 24-2-2021 06:56 PM
So.. mohon hadam lah pesanan abah mu itew.
Quote Rockafella 24-2-2021 06:57 PM
Takde siapa peduli pun.
Quote CARI-MAL 24-2-2021 07:22 PM
TEST TEST TEST
Quote noor2 24-2-2021 07:23 PM
CARI-MAL replied at 24-2-2021 07:22 PM
TEST TEST TEST

Apa masalah CARI ni.....
Quote Tinot7 24-2-2021 07:52 PM
jerukkedondong replied at 24-2-2021 06:54 PM
Sebab dia anak abah..

Wwooo... sbb tu dpt diskaun kompaun sumer tu????
Fuiyooo....
Quote Lagubestbest 24-2-2021 07:59 PM
tu bukan sabar bodo, tu shhh diam2 kang tak sengaja terbuka pekung sendiri.
anak dah cuba buat story copywriting menusuk jiwa ujung2 nak jual "klik sini sokong abah".
Quote kakakpositifker 24-2-2021 08:02 PM
Umur berapa dia ni? Dah macam budak2
Quote kakakpositifker 24-2-2021 08:05 PM
Umur berapa dia ni? Dah macam budak2 {:smile
Quote riyadhK 24-2-2021 08:05 PM
Abah tak pesan suruh duduk diam2 ke hanat oiiiii
Quote kakakpositifker 24-2-2021 08:06 PM
Umur berapa dia ni? Dah macam budak2 {:smile
Quote riyadhK 24-2-2021 08:06 PM
Asal ramai duk test test ni
Quote riyadhK 24-2-2021 08:07 PM
Tinot7 replied at 24-2-2021 07:52 PM
Wwooo... sbb tu dpt diskaun kompaun sumer tu????
Fuiyooo....

BINTI zahid Hamidi kan

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044142 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top