Penerbit dan pengarah drama Aku Yang Kau Gelar Isteri iaitu Shuhaimi Lua meluahkan rasa kecewa apabila beberapa babak penting dalam drama tersebut dipotong kerana dianggap tidak sesuai untuk tayangan umum.
Shuhaimi berkata tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) menapis babak tersebut telah mencacatkan perjalanan drama genre seram itu.
"Saya sudah berkarya sehabis baik tapi tiba-tiba babak itu dipotong, mestilah sedih! Nama pun cerita seram, scene itu membuatkan cerita jadi lagi seram. "Macam babak dalam episod lima yang ditayangkan semalam, saya dapat tahu scene Cik Embun lakonan Lana Nodin nak cucuk susuk di kemaluan Laila (Sharifah Sakinah) tidak disiarkan... babak ini penting untuk menimbulkan tanda tanya kenapa watak Ezlan (Adi Putra) tergila-gilakan dia. "Banyak lagi babak dipotong seperti babak santau, muntah darah serta keluar rambut daripada mulut. Semuanya memang menyeramkan dan menakutkan tapi penting dalam drama tersebut," katanya kepada mStar.
Terdahulu menerusi Instagram, Shuhaimi menulis luahan rasa terkilan dengan situasi yang dihadapinya sehingga dia mula terfikir untuk berhenti mengarah drama lagi. "Rasa sedih, geram pun ada... banyak babak dipotong dan dipendekkan dalam drama ini... rasa down pun ada! Rasa boleh berhenti mengarah kut," tulisnya pada ruangan kapsyen. Sementara itu, Shuhaimi berkata tindakan LPF memotong beberapa babak menyebabkan drama itu sudah tidak menjadi seram.
"Nama pun cerita seram... babak-babak itu yang menyebabkan cerita itu seram. "Semasa meeting, mereka minta hanya 30 peratus sahaja babak seram, tapi kalau dah potong semua, dah jadi drama air mata biasa. "Aku Yang Kau Gelar Isteri memang berbeza dengan Takdir Yang Tertulis, memang saya wujudkan beberapa babak sebagai elemen seram," ujarnya. Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri bersiaran di slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam bermula 17 Februari lalu. Ia dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Lana Nodin dan Atiq Azman. -CARI Sumber: mStar Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|