|
Penyanyi Indonesia Natta Reza mendedahkan isterinya iaitu Wardah Maulina pernah menyuarakan idea meminta dia berkahwin lagi bagi mendapatkan anak. Natta bagaimanapun berkata dia menolak cadangan itu kerana menyedari tanggungjawab berat yang harus dipikul, lapor DetikHot.
"Isteri saya rasa bersalah kerana masih belum ada zuriat di rumah ini dan idea untuk berpoligami datang daripada dia... bagi saya itu bukan jalan penyelesaian. "Wardah rasa insecure apabila melihat kawan-kawan baru bernikah sudah hamil. Dia jadi sedih, termenung dan itu punca dia bagi idea poligami. "Ketika mendengar cadangan itu, saya terkejut dan buat saya takut, memilih (poligami) bukan hal yang patut dilakukan meskipun dalam agama ada syariatnya," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037017 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.