Penyanyi Katharine McPhee dan suami, komposer serta mogul muzik, David Foster, 72, dilapor selamat menimang cahaya mata lelaki pada Khamis. Menurut wakil jurucakap penyanyi itu, Katharine, 37, dan bayinya kini berada dalam keadaan sihat dan baik.
"Ibu, bapa dan anak lelaki berada dalam keadaan baik dan sihat," kata wakil tersebut dipetik dari Eonline. Ini merupakan cahaya mata keenam David. Hasil perkahwinan terdahulu, David mempunyai lima anak iaitu Erin, Amy, Sara, Allison Jones dan Jordan. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2019 selepas kali pertama bertemu pada tahun 2006 menerusi program American Idol musim kelima yang disertai Katharine. Menerusi wawancara sebelum ini, Katharine berkata dia sedikit risau untuk membesarkan anak lelaki yang pastinya berbeza jika dia dikurniakan cahaya mata perempuan.
"Banyak benda saya nak kena ajar dia, jika dibandingkan saya dapat anak perempuan. "Sebab lelaki ini ada banyak isu dan perkara yang harus diberi tunjuk ajar, yang buatkan saya risau jika tidak dapat tunaikan tanggungjawab seorang ibu dengan baik," katanya. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT