CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hamil 32 Mingggu, Azrinaz Mazhar Hakim Angkat Berat Buat Netizen Seram Sejuk

28-2-2021 12:48 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11138| Komen: 41|Original author: Oleh: Cari-Azza





"Hati-hati sis.. Sejuk pula badan ni tengok sis tarik besi macam gitu."

Ramai pula netizen berasa seram sejuk apabila melihat video yang dikongsikan selebriti, Azrinaz Mazhar Hakim membuat latihan angkat berat.

Maklumlah dengan kandungannya yang memasuki usia 32 minggu, senaman sedemikian kelihatan agak 'berat'.




Memandangkan ini kehamilannya yang keempat, Azrinaz bersetuju bahawa senaman akan membantu ibu dan bayi untuk berasa lebih sihat. Selain itu, ia juga membantu proses kelahiran yang lebih mudah, cepat sembuh dan juga bagus untuk perkembangan bayi.

Foto : IG

Bagaimanapun, Azrinaz turut menasihatkan senaman beban ini hanya boleh dilakukan jika sudah biasa. Jangan buat sesuatu di luar kebiasaan hanya kerana melihat dirinya boleh mengangkat beban.


Foto : IG


Tambahan lagi, Azrinaz memaklumkan yang dia sentiasa melakukan senaman tersebut dengan diperhatikan oleh jurulatih profesional, jadi ianya tidak memudaratkan pun.

Foto : IG

Jadi, ibu hamil yang lain pun digalakkan bersenam ya, cuma jika mahu mengangkat berat, pastikan pernah melakukannya sebelum ini dan ada pakar yang boleh memantau. Semoga semuanya dipermudahkan ya. - CARI









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 28-2-2021 01:06 PM
Lantak kau.. kandungan kau..
Quote makneng 28-2-2021 01:54 PM
Biorkanlah dia.. Badan dia.. Pandai2 la dia
Quote KIM.K 28-2-2021 02:23 PM
Lawa last picture
Quote Cassieopeia 28-2-2021 02:37 PM
Dia mmg sejenis tak tinggal workout xpela tp tetap serem tgk
Quote sharlenetexas 28-2-2021 02:56 PM
Body dia dia yang tanggung.

Quote Nana_Man 28-2-2021 03:35 PM
Kalau sebelum pregnant pun dah buat, then ok. Jgn kau yg tk pernah buat dan preggy 6-7 bulan, tgk pompuan pregnant lain buat, kau pun sibuk2 buat. Tu yg cari nahas.
Quote fizamn 28-2-2021 03:41 PM
Bukan dia selalunlift ke?? X de isunla.kalonbadan dah season buat semua.nie..
Quote makcun14 28-2-2021 05:16 PM
whoareyus saje amh nie.
if you know ,
you know la perangai sheols macam mana in real life.
perasan masih lagi binik yang paling terpaling
Quote salmon-suki 28-2-2021 06:09 PM
Sapa dia ni?gmbr ngn anak tu mcm gabungn muka natasya hudson+pontianak harum sundal malam..hehehe
Quote LadyCarefree 28-2-2021 09:47 PM
makcun14: whoareyus saje amh nie. if you know , you know la perangai sheols macam mana in real life. perasan masih lagi binik yang paling terpaling


Dahtu kalau x, xkan la masih batak gelaran cik Puan
Quote SSNA 1-3-2021 01:13 AM
Dia ni mmg dilarang berjumpa dgn anak2 dia & sultan brunei ke? Xboleh jumpa langsung?? Xkan melawat sekejap pun xboleh?
Quote rayna_raynes 1-3-2021 02:15 AM
SSNA replied at 1-3-2021 01:13 AM
Dia ni mmg dilarang berjumpa dgn anak2 dia & sultan brunei ke? Xboleh jumpa langsung?? Xkan melawat  ...

call pun tak boleh

Quote SSNA 1-3-2021 02:46 AM
rayna_raynes replied at 1-3-2021 02:15 AM
call pun tak boleh

Kenapa smpai mcm tu sekali ye sultan punya rules?? Xrasa mcm kejam ke.. Huhu.. Xkisah la apa pun punca penceraian dia, dia tetap mak kpd 2bradik tu. Huhu.. Dh byk tahun terpisah. Anak2 pun dh meningkat dewasa.. Xdpt tinggal skali pun xpe but at least bg la kelonggaran utk berjumpa sesekali.. Or phone call.. Ke i yg xbrapa arif tentang istana punya rules? Huhu..
Quote Tinot7 1-3-2021 08:50 AM
rayna_raynes replied at 1-3-2021 02:15 AM
call pun tak boleh

Kesiannya.
Quote laksmanabentan 1-3-2021 09:37 AM
dia ada jurulatih peribadi...
ada doktor peribadi...
apa nak risau... apa2 hal boleh terus check-in hospital..
hospital tu mewaahh...
apa ada hallll... semua xtvt dia dipantau kot....
Quote chinta89 1-3-2021 11:24 AM
salmon-suki replied at 28-2-2021 06:09 PM
Sapa dia ni?gmbr ngn anak tu mcm gabungn muka natasya hudson+pontianak harum sundal malam..hehehe

serius meh x tau sape dia?

ex sultan brunei okeyyy
Quote outcast 1-3-2021 11:25 AM
AMH ni mmg jenis eksyen ke?mcm bile tgk ig beliyauuuu mcmup je. Mmg asal orka ke
Quote rayna_raynes 1-3-2021 12:07 PM
SSNA replied at 1-3-2021 02:46 AM
Kenapa smpai mcm tu sekali ye sultan punya rules?? Xrasa mcm kejam ke.. Huhu.. Xkisah la apa pun p ...

Rumors has it perceraian mereka berlaku sebagai hukuman atas  kesalahan si Azrinaz ni (kesalahan apa tu wallahualam). Jadi antara hukumannya adalah kena keluar, stripped of all kurniaan darjat dan anugerah dan kehilangan semu hak ke atas anak2 termasuklah hak berjumpa dan komunikasi. Azrinaz tau perkembangan anak2 pun melalui kwn2/social media je
Quote salmon-suki 1-3-2021 02:34 PM
chinta89 replied at 1-3-2021 11:24 AM
serius meh x tau sape dia?

ex sultan brunei okeyyy

Xkenal...hahahahaha

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.054692 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top