CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kedai makan di Setia Alam 'ditutup', Zara Zya cari lokasi baru

1-3-2021 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5404| Komen: 19



Pelakon Zara Zya, 36, bercadang mencari lokasi perniagaan baharu untuk meneruskan perniagaan kedai makannya yang dikenali Zara Zya Cooks.

Menurut pelakon itu, buat masa sekarang perniagaan kedai makannya dilokasi di Setia Alam ditutup buat sementara waktu sejak sebulan lalu.

"Memang ada juga yang bertanya kenapa kedai ditutup, tapi saya merancang nak mencari tapak perniagaan baharu yang lain di tempat lebih selesa dan selamat.

"Tak dinafikan, ada juga dengar luahan pelanggan terutama peminat yang datang dari jauh tanya kenapa kedai asyik tutup dan mereka tak nampak pun lokasinya di mana.

"Suatu ketika, pekerja saya sendiri yang berada di hadapan kedai ditanya oleh seorang penghantar makanan di mana Zara Zya Cooks, pada hal dia dah ada pun dekat depan kedai saya," katanya.


Mengulas juga mengenai kaitan kedainya 'disihir', Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata dia tidak pasti mengenai perkara itu.

"Saya tak berani nak cakap sebab tak pasti mengenainya. Cuma, kalau pelanggan kata kedai saya tak nampak itu memang ya. Jadi, kini saya akan usaha nak bagi menampakkannya di tempat yang baru.

"Apapun, saya sentiasa percaya pada qada dan qadar Allah. Insha-Allah nanti ada rezeki saya akan buka di tempat baru pula," katanya.

Semakin sibuk di lokasi penggambaran drama dibintangi, Zara berkata sekarang dia juga aktif membuat kek dan turut mengambil tempahan pelanggan.

Mengulas juga dirinya yang dilihat semakin jarang terpalit gosip sejak berhijab, Zara berkata dia sangat bersyukur dan akan memastikan semoga terus terhindar daripada sebarang kisah sensasi.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 1-3-2021 08:45 AM
Best ke makanan kat kedai dia?
Quote LostStar 1-3-2021 09:09 AM
apa jauh2.. bukak la dlm aeon ka...
Quote salmon-suki 1-3-2021 09:44 AM
Kek pisang ltk soda bikarbonat..dlm makanan tak tersalah ke bahan2 tu .hihihi...tanya jee~{:run
Maybe sebenarnya x laku kot,bt laa cerita pasal kedai kena sihir..nk dptkn simpati..so, anybody y dh pegi kedai dia?apa pendapat anda?
Quote za8da 1-3-2021 09:59 AM
Edited by za8da at 1-3-2021 10:00 AM

Sewa kedainya tu mahal kot...  kt area situ ada homst,modern mamak sume tu.  Sedangkan kedai aaron aziz, zawara cafee tu pun tutup jugak area situ  

Sewala kt area setia taipan atau seria 88 tu. Mesti ramai pelanggan dtg. Sbb kt situ ramai penduduk.

Xpernah order. Tp baca review kt food panda ramai ckp byk2 makanan ikan bakar je yg sedap katanya. Lain sume mahal dan x berbaloi.
Quote mrsbale 1-3-2021 10:01 AM
Kedai dia ni kat kedai lama toklip kat setia alam tu. Dulu sebesar2 alam muka toklip kat kedai, pehtu muka dia ni lak. Sendu supe tu gak. Agaknya tu lah rahsia melingkup bisnes
Quote KIM.K 1-3-2021 10:11 AM
Sugar coated sangat pitching tu
But aku pun rasa nak gila and kiasu tahun ni. Aku cuma tak suka customer bau pemikiran macamtu..sebab semua orang affected. Jadi aku lebihkan bekerja belakang tabir dan cuba hargai masa, cuba bagi pengisian yang baik dan ikhlas
Quote talapia 1-3-2021 10:25 AM
lokasi kedai tu.. have2 sangat. Situ tak banyak penduduk... patut dia sewa je shoplot kat Taipan yg biasa2 je.. takdela gah mcm kedai sekarang.. tapi sure sales lagi tinggi..  tapi taktaula kalau dia xnak selevel marhaen nye kedai
Quote chinta89 1-3-2021 11:59 AM
eh dh umur 36 ek dia.. hrp btemu jodoh cepat
Quote Nenasketum 1-3-2021 12:16 PM
Oooo dia ikut abohnya yang menipu & ada kedai makan kat Kelang lah ya. Idokler aku nak waste my money makan kedai retis ni, duit tu aku sdekah kat rider lagi elok.
Quote irvene 1-3-2021 12:19 PM
tak sedap la makanan ko. tea ais yang berbuih sampai keluor dr gelas tu pun tak kaw. tempat tu pun tak strategik. so perbaiki dulu masakan or cari tukang masak yang bagus br pk nak bukak kedai kat kawasan mana.
Quote newme11 1-3-2021 12:21 PM
la... tutup lagi, dh berapa kali dia buka kedai
then tutup….!
Quote BicaraHatiku 1-3-2021 12:24 PM
Kedai nasik kandar kat kl pun tutup chuols...inikan kedai ko.  Buat online je tak payah penat tanggung overheads.
Quote irsa 1-3-2021 01:06 PM
Edited by irsa at 1-3-2021 01:07 PM

Nak buat bisnes kedai mkn ni, perlu modal byk n bersedia utk rolling modal at least setahun. Setahun ya plg kurang... itupon kalau dpt sale byk. kalau x de sale? Memang melingkup pagi2 pulak musim covid ni. Haaa....satu lagi, x boleh suka suki gunapakai keuntungan yg uols dpt dlm masa setahun-3tahun. Slps 3 thun baru merasa keuntungan. Itu la biasanya cina2 aje jd tokey kedai. Deols byk duit lebih,so buat pelaburan utk jangkamasa pnjg bukak kedai. Sale x byk, deols ok2 aje x gulung tukar lagi laa
Quote amjess 1-3-2021 02:50 PM
Nenasketum replied at 1-3-2021 12:16 PM
Oooo dia ikut abohnya yang menipu & ada kedai makan kat Kelang lah ya. Idokler aku nak waste my mone ...

Mcm menarik je psl abohnya tu..spill the tea please
Quote helicornia 1-3-2021 09:54 PM
zara zya ni membazir duit je bukak bisnes berkali2 tapi rugi. bukannya 1st time bisnes. nk buat bisnes tak study dulu ke location, sewa dll. sayang betul duit lebur mcm tu je.dah le badan penat
Quote rajamoney 1-3-2021 10:10 PM
tu la

sapa suruh filler dagu
Quote aderaderker 1-3-2021 10:28 PM
Dulu dia jual nasik lemak kat food court Melawati Mall kan?

Pun tak lama mana...
Kena sihir gak ke?
Quote Perawankota 2-3-2021 01:29 AM
aderaderker replied at 1-3-2021 10:28 PM
Dulu dia jual nasik lemak kat food court Melawati Mall kan?

Pun tak lama mana...

Lepas tu bukak pulak kt area surau Mutiara Damansara.. Tu pon tutup.. Aku selalu lalu situ mmg x der org, tp elok je nmpk kedai tu bukak. Adalah tu marketing x kena gaya, location x sesuai n paling x best, harga tu kot mahal Sgt.. Klu dh 3x still x laku, try lah bukak business lain pulak
Quote piahsemah 22-2-2023 03:06 PM
Tak tahu nk tanya kat mana
Sheols dah bertunang ker
Ker gimmick jer

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.050059 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top