|
Pelakon, Zila Bakarin mengakui pernah ditanya oleh pekerja belakang tabir sama ada dia rela untuk membuka tudung ketika berlakon. Zila berkata, soalan itu muncul apabila terdapat beberapa pelakon bertudung, bersetuju untuk membuka tudung semata-mata untuk menjayakan watak diberikan.
"Jawapan saya, kalau nak kena buka tudung, cari orang lain," katanya kepada Harian Metro. Menurut Zila, dia tidak mengetahui jika situasi sebegitu wujud di dalam industri. "Saya sendiri pun tak tahu yang situasi ini memang berlaku. Apabila dimaklum dan diajukan soalan begitu, baru saya tahu.
"Tapi, sampai ke hari ini saya masih tak tahu siapakah pelakon yang dimaksudkan," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.078439 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.