CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Projek: Anchor SPM Tak Ciplak Bad Genius

3-3-2021 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7943| Komen: 28

Penulis skrip drama Projek : Anchor SPM, Anwari Ashraf menafikan drama ini menciplak idea filem Thailand berjudul Bad Genius.

Anwari berkata, drama ini tampil berbeza antaranya dari segi genrenya sendiri.


"Drama ini tidak sama sekali meniru filem terbabit kerana bagi saya perbezaan yang sangat besar di antara dua cerita ini adalah genrenya sendiri.

"Bad Genius genre 'heist' manakala Projek: Anchor SPM pula 'young adult'. Ceritanya juga sangat berbeza. Memang betul ada babak yang lebih kurang. Maklumlah dalam dewan peperiksaan," katanya menerusi sidang media secara maya.

Foto: Harian Metro

Anwari meminta peminat menonton sendiri drama ini untuk mengetahui perbezaan yang dikatakan.


"Saya yakin kalau peminat yang berkata demikian menonton cerita ini, mereka akan susah menyamakan kedua-duanya," katanya.

Terdahulu, isu terbabit tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang pengguna mengulang ciapan dengan melahirkan perasaan kesal dengan penghasilan drama yang dikatakan meniru filem lakonan Chutimon dan Chuengcharoensukying yang ditayangkan pada 2017 itu.

Projek: Anchor SPM arahan Razaisyam Rashid menerusi jenama Astro Originals bakal ditayangkan di Astro Citra saluran 108 (HD)/ 128 (SD) bermula 15 Mac ini.

Drama lapan episod membariskan pelakon muda seperti Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Shasha Abedul, Chubb-e dan Nadhir Nasar ini memaparkan pengalaman kehidupan dan gelagat mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 3-3-2021 04:19 PM
ciplak tk ciplak

tk bekejau org nk nengok drama ko
Quote nanasno 3-3-2021 05:08 PM
baju tu macam baju budak form 6 je. tajuk untuk spm. kenapa tak pakai je pinafore sekolah menengah tu kalau taknak pakai baju kurung pun.
Quote kivio 3-3-2021 06:51 PM
rajamoney replied at 3-3-2021 04:19 PM
ciplak tk ciplak

tk bekejau org nk nengok drama ko

LOL tulah pasal.
Siap pancing suruh pegi tengok kalau nak tau beza.
ALahai nokkkk geli tekakkk
Quote Mulotkoyak 3-3-2021 08:30 PM
Giguih nak suh org tgk..pastu last2 meati ckp xsame... Sila tonton smp akhir episode.. Katenye... Padahal.... Same je kekdahnye
Quote Suchi 3-3-2021 08:39 PM
Chubb e nampak kiut, aedy ni dah kerat rambut la ekk
Quote Carcosa 3-3-2021 11:04 PM
Haruslah ciplaaaaakkk. Mati2 tknak mengaku. Haktuih. Ujung2 suruh urang tgk utk ketahui. Pancing2 mcm ni, netizen dah boleh baca lah. Cuba lagi.
Quote kiah_mai_pulak 3-3-2021 11:09 PM
kivio replied at 3-3-2021 06:51 PM
LOL tulah pasal.
Siap pancing suruh pegi tengok kalau nak tau beza.
ALahai nokkkk geli tekakkk

kakiah terbaca ayat last tu, geli tetekk

maaf kan kakiahh ya
Quote dudaberhias 3-3-2021 11:15 PM
best sangat ke drama deorang tu?
padahal inspirasi dari bad genius jugak kan tapi tak nak ngaku?

sape tag pelakon2 tu dapat rm10k... tc applies gittturhhhh

ko aderrrr?
Quote ashilalat 3-3-2021 11:32 PM
Aku suka temgok chubee tu...muka dia ala2 budak kat sekolah yg penuh misteri. Yg hero remaja tu x hensem tp ada model look.
Quote MarryPottet 4-3-2021 01:21 AM
Betullah tu tak ciplak bad genius tapi bad genius yg ciplak cerita dia
Idea cerita ni dari masa zaman dia tadika kemas lagi dah ada dalam kepala dia
Quote salmon-suki 4-3-2021 01:31 AM
Dah biasa daa produksi msia ciplak menciplak tp claim idea sendiri..even anak pengarah tersohor negara pn ciplak karya org lain,tp kemain defend diri ckp y tu original idea dia...

Kt tv3suku pn ciplak drama thai jgk,sekali ngn poster haa..ni asteruk y mmg dah teruk,no biggie laa..
Quote Perawankota 4-3-2021 02:28 AM
Yerlah x ciplak idea kann.. Yerlah drama ni ber episod, haruslah byk jalan cerita yg berbeza... Yang bad genius tu movie.. OK lah, aku anggap citer ni inspired by bad genius jer lah ok
Quote kivio 4-3-2021 06:51 PM
dudaberhias replied at 3-3-2021 11:15 PM
best sangat ke drama deorang tu?
padahal inspirasi dari bad genius jugak kan tapi tak nak ngaku?

...

Alah biasalah cam misteri dilaila tu awal-awal ke mati pun takmau ngaku niru matsaleh,
last-last kantoi kene pressure, dia sendiri ngaku.

Hah nak cakap ape lagi.
Quote kivio 4-3-2021 06:52 PM
kiah_mai_pulak replied at 3-3-2021 11:09 PM
kakiah terbaca ayat last tu, geli tetekk

maaf kan kakiahh ya

Kahh ke tetek pulak peginya haha
Bolehla
Quote mzzenma 4-3-2021 09:16 PM
Meolls tengok iklan je terus terpikir dia tiru bad genius. Sama dengan cerita selamat hari jadi tu, sama mcm happy death day..

Tapi meolls tak tengok pun, just tengok iklan terus boleh agak mcm tu..
Quote farhani87 10-3-2021 11:40 PM
Mcm nak tgk lah. Support lokal. Gitew.   
Quote LadyCarefree 11-3-2021 01:42 AM
Whatever. Yg lagi jijik si dayan trisha tu xmacam budak spm. Melainkan sbb kobid sekolah tutup 10tahun dan spm untuk umur 27
Quote sleepandream 11-3-2021 01:42 AM
btw iols nak tanya kalau ada student dekat sini...
korang sit exam macam spm tu boleh bawak masuk smartwatch ke?
kalau boleh fuhhh byk nota boleh simpan dalam tu
Quote katibism 11-3-2021 09:41 AM
Perawankota replied at 4-3-2021 02:28 AM
Yerlah x ciplak idea kann.. Yerlah drama ni ber episod, haruslah byk jalan cerita yg berbeza... Yang ...

Aiols syak tiru Bad Genius the Series..

Ada ya series..pelakon pun lain..jln cerita sama..tp cara tiru x sama sbb xde kod piano tu. Watak kawan diorang yg couple lagi berkembang

Projek Anchor SPM ni..maybe beza sbb acah2 involve satu batch...lps tu ada scene politik org tua kt skolah. Scene tahun 90-an katanya

image.png

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.043597 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top