CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Mandi Bunga?

8-11-2013 04:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18034| Komen: 60

Hi ladies, guys pon ok la

Nak tanya, aku ni dh terlebih umur la.. kira anak dara yg dh lebih 30 thn kurang dr 34 thn, akak2 kt office aku ni kata, aku kena mandi bunga la, mandi bawah jambatan ler tuk hilangkan badi n bagi naik seri. nak tanya korang2 ni la kan... aku tak penah pk benda2 ni sbb bagi aku kalo Allah nak bagi jodoh, esok pon aku dh ada jodoh ye tak? tp di sebabkan derang2 ni hari2 dok ckp mcm2 aku ni jadi serabut perut. nak tanya korang lak la



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chaintea 7-11-2013 04:20 PM
1. pedulikan

2. pekakkan telinga

3. nak mandi bunga? sila g spa..xyah buat buat keje mengarut pi mandi bwh jambatan bagai..

Ingat dah kahwin masalah ilang ke? ketahuilah mungkin mereka ada sikit jeles melihat kamu yg senang ke sana ke mari tanpa perlu fikirkn ttg somi and anak anak.

Allah lebih tahu apa yg terbaik buat diri kita..apa pon jangan putus asa dalam berdoa..
Quote nhao 7-11-2013 04:26 PM
chaintea posted on 7-11-2013 04:20 PM
1. pedulikan

2. pekakkan telinga

kan, part jeles tu aku suke
Quote BlueRose99 7-11-2013 04:32 PM
Walaupun kita seharusnya menerima bahawa apa yg berlaku adalah takdir dr Allah, namun Allah juga menyuruh kita untuk berusaha...  


Quote Dia_Yuni 7-11-2013 04:37 PM
Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:

‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’

Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:

“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”

Amalan mandi bunga ini telah dibuktikan secara saintifik yang terbukti dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan. Ketika mandi bunga ini tidaklah mengharap dari perbuatan mandi bunga itu dapat mencepatkan jodoh, menolak bala atau sebagainya, ini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan Allah SWT.

Jadi amalan ini bukanlah suatu amalan yang salah tetapi pelaksanaan yang di lakukan ketika amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah. Oleh itu umat Islam secara khusus nya haruslah menolak amalan ini sebagai penentu sesuatu perkara tetapi sebaliknya hanyalah suatu amalan biasa seperti amalan mandi biasa yang di lakukan setiap hari.

Oleh itu amalan ini haruslah di tolak 100% sebagai penolak bala, pemberi nasib baik dan lain-lain lagi yang nyata tiada asas sama sekali. Perbetulkan niat ketika melakukannya, dengan niat hanya mandi dan dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan sahaja.

Amalan mandi bunga ini boleh di lakukan pada bila-bila masa sahaja, tidak memerlukan pada majlis-majlis tertentu atau masa khusus seperti majlis perkahwinan ataupun ketika upacara belajar silat dan yang berkaitan dengannya.

Sebagai kesimpulanya, setiap perkara itu haruslah dilakaukan dengan sebaik mungkin, ini dengan mengambil kira hukum-hukum, serta garis panduan yang di gariskan di dalam Islam, ini kerana setiap amalan yang di lakukan itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT jika di lakukan dengan sebaik mungkin, jadi setiap amalan itu semuanya berbalik kepadaNya.


kesimpulannya TT : Mandi bunga jgn niat sbb nak tolak bala @ dptkan jodoh tp niat sebab nak segarkan badan ok.
Quote BlueRose99 7-11-2013 04:44 PM
AURA SERI
# Titiskan 3-7 titik AURA SERI NUR ke dalam kolah mandi atau baldi selama 5 minit. Kemudian mandi [bilasan terakhir] disertakan dengan niat yang positif. Selain itu AURA SERI NUR boleh digunakan untuk rendaman.          

# Titiskan 3 - 7 titik ke dalam tab mandian. Biarkan seketika sebelum berendam. Setiap mandian Aura haruslah disertakan dengan niat positif dan keyakinan serta kepercayaan yang tinggi.


Quote menjad 7-11-2013 07:25 PM
kalau itu antara usaha yg bleh ... ko buat jer ... tp carik lak yg xmenjurus ke arah syirik plak...
Quote nhao 8-11-2013 08:53 AM
Dia_Yuni posted on 7-11-2013 04:37 PM
Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadz ...

thank you @dia_yuni!
Quote KarinaKapur 8-11-2013 02:54 PM
TT i nak kongsi ni pengalaman sedara i.. dia tak sampai 30 lagi tapi dia risau xde jodoh.. dia ada dengar ceramah, ustaz tu cakap kadang2 kalau jin berkenan dgn kita, jin akan tutup kita dari mata lelaki lain..lebih kurang mcm ni lah ayat dia..ustaz tu suruh berdoa, byk kan ibadat..mintak dijauhkan..kalau perlu, mintak tlg ustaz2... lebih kurang camni lah..klau saya silap, saya mintak maaf ye..
Quote espritvin 8-11-2013 03:27 PM
mandi bunga?
pergi je spa or buat sendri.. hehhee
Quote nhao 8-11-2013 04:38 PM
KarinaKapur posted on 8-11-2013 02:54 PM
TT i nak kongsi ni pengalaman sedara i.. dia tak sampai 30 lagi tapi dia risau xde jodoh.. dia ada d ...

ye ke? la baru tau ni karinakapur... akan aku usaha kan
Quote nhao 8-11-2013 04:39 PM
espritvin posted on 8-11-2013 03:27 PM
mandi bunga?
pergi je spa or buat sendri.. hehhee

yg akak2 makcik2 ni soh aku p jumpa la segala macam bomoh kot
Quote violet_ingrid 9-11-2013 12:00 PM
iols penah mengalami masalah mcm tt..tp bkn ofismate, tapi kawan2 rapat...ajak iols pg mandi bunga nak bagi cepat dapat jodoh...sekali bila iols bgtau mak, memang kena ceramah dengan mak...hihihi....iols umur 27

xpe, jodoh lambat atau cepat itu tak penting, yg penting, jodoh tu sampai ke syurga. Setiap perancangan Allah adalah yang terbaik. Jodoh antara rahsia Allah untuk hambaNya. Yang penting kita usaha, doa dan tawakal
Quote LaraAlea 9-11-2013 02:15 PM
Jodoh perlu d cari.. selain dari berdoa harus ade usaha yg munasabah dan d redhai..
mandi bunge tu bagus, bole membuatkan bdn kite segar n wangi.. tp kalo berniat tuk dptkan jodoh, mcm x ok la pulak.. lagi 1 mandi bwh jambatan?.. da xde tempat lain ke nk mandi.. wat malu kat budak2 skolah je
Quote burque 9-11-2013 03:12 PM
Macam orang 'original' jek mandi bwh jambatan

Walaupon jodoh d tgn tuhan,tuhan tak ubah nasib klu tak usaha
Bukak hati dan diri utk lelaki
Klu nampak garang dan bengis camne lelaki nk dekat
Klu ada laki yg ko suka approach le
Tak salah pompuan dlu
Takdenye org nkn ngata
Quote prue 9-11-2013 04:26 PM
burque posted on 9-11-2013 03:12 PM
Macam orang 'original' jek mandi bwh jambatan

Walaupon jodoh d tgn tuhan,tuhan tak ubah nasib klu ...

lagi satu, bdn tu kena wangi2 ckit...ni kalo bdn hapak berbau, jgn kan laki, pompan pun xmo dok dkt...ni pengalaman member aku laaa...puas aku suh dia wangi2kan diri...dr thn 2008 sampai skrg aku kenal dia...mcm tu jgk...ucuk sgt laaa
Quote burque 9-11-2013 05:02 PM
prue posted on 9-11-2013 04:26 PM
lagi satu, bdn tu kena wangi2 ckit...ni kalo bdn hapak berbau, jgn kan laki, pompan pun xmo dok dk ...

btol
bau badan dan mulut yg busuk bukan shj menjauhkan lelaki malah pompuan jugak
Quote spiderman80 9-11-2013 05:46 PM
Saya tawarkan diri saya mandikan mandian bunga untuk anak-anak dara. Sekali cuba, hari-hari nak.
Quote BurningTimes 9-11-2013 06:42 PM
Mandi bunga ini kan amalan hindu, akak tak takut terosak akidah kah? Takyah lah kahwin, Nanti nak kena jaga laki, kena jaga anak, kena gogih masak sambal belacan tempoyak budu nasi dagang keropok lekor kerabu pelbagai, baik akak kerja sampai tua, duit simpan, boleh jadi kaya, kalau lonely sangat, ambil lah bibik kalau berduit.
Quote nad014 11-11-2013 08:43 AM
aku pun suka mandi bunga...terutama bunga ros..rasa segar , buat sendiri je.beli bunga ros atau kelopaknya sahaja, ramas-ramas kelopak tue...

klu aku jawab senang jer biarlah lambat , daripada kawin awal2 bahagia sekejap buat ape kan3x

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050148 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top