Pelakon Adlin Aman Ramlie mengakui dia sudah bersedia untuk dibenci menerusi watak lakonannya sebagai Pengetua Awang dalam drama siri terbaharu berjudul Projek Anchor SPM.
Menurut Adlin, dia tidak pernah mengambil kecaman netizen secara peribadi malah menganggap kebencian penonton terhadap lakonannya itu merupakan kesan yang diharapkan oleh pengarah dan penulis skrip drama itu. Tambahnya lagi, setiap karekter mempunyai sisi jahat dan baik namun penonton perlu memberi tumpuan kepada persoalan yang ingin disampaikan dalam drama itu. "Dibenci di laman sosial itu sudah menjadi kebiasaan... saya tidak ambil perkara itu secara peribadi. Saya rasa, mungkin kalau itu yang mereka akan rasa, itulah kesan yang diharapkan oleh pengarah dan penulis skrip.
"Cuma persoalan dalam cerita ini yang patut kita lihat selain daripada prestasi lakonan, macam mana karekter dicipta untuk menyatakan mesej dan pendapat tentang sistem dan harapan daripada pihak atasan atau ibu bapa. "Watak pengetua bukanlah jahat... tapi dia sebagai mewakili sistem dalam sekolah dan pendidikan. Jadi, teruskan membenci saya... kalau nak bertambah lagi benci, pastikan anda semua tonton drama ini setiap episod," katanya kepada mStar.
|
piao replied at 5-3-2021 12:33 PM
dia ni masih bersama isteri ke tak?
awanysss replied at 5-3-2021 01:00 PM
kenapa iols rasa cerita ni mcm best..
tg muka2 pelakon dia rasa mcm best je plot cerita ni walau ta ...
ADVERTISEMENT