CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Melaram Je Pun Dapat 7 Juta Tontonan - " Saya Tak Pernah Menyesal Berhenti Sekolah"

8-3-2021 07:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11061| Komen: 56

Sering tampil menarik setiap kali muncul di TikTok, fesyen yang digayakan gadis ini ternyata mencuri tumpuan ramai.

Biarpun video yang dihasilkan kelihatan bersahaja dan effortless, ia menerima jutaan tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.


Terbaharu, video Wan Nor Ridayu Wan Mohd Sukri, 17, dalam busana putih dan ungu meraih hampir lima juta (kini tujuh juta) tontonan di aplikasi TikTok.



Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Yuyu mengakui kebanyakan content yang dikongsi berkaitan dengan fesyen dan tips penggayaan khususnya untuk kaum hawa.

"Saya banyak buat perkongsian video mengenai outfit, bagi tip untuk penggayaan pakaian.

"Memang saya suka fesyen sejak kecil lagi. Keluarga juga suka berfesyen. Suka pakai baju lain daripada orang lain.

"Saya tak ada sesiapa yang menjadi rujukan. Kebanyakannya saya mix and match sendiri dan rujuk YouTube," ujarnya yang menetap di Terengganu.




Tambah Yuyu, apa yang penting, setiap individu haruslah yakin dan selesa dengan apa sahaja yang digayakan mereka.

Menurut model sambilan itu, dia juga tidak terlepas menerima kecaman setiap kali berkongsi video baharu buat pengikutnya di TikTok.

Namun kata Yuyu, setiap individu haruslah menjaga adab dan tutur kata setiap kali menulis agar tidak mengguris hati orang lain.

"Kecaman terlalu banyak. Ada orang cakap style saya macam sampah. Ada juga yang tegur pasal aurat.

"Kalau nak ikutkan, memang terasa hati. Tapi saya ambil positif. Ada juga yang maki-maki. saya tak letak dalam hati.

"Kalau mereka ada adab, boleh tegur secara personal. Kalau di ruangan komen pun, janganlah sampai menghina. Boleh pesan elok-elok.

"Kita pun tak tahu orang struggle macam mana. Setiap kita ada dugaan masing-masing," kata anak kelima daripada tujuh beradik itu.

Bercerita mengenai dirinya, Yuyu yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok dan 43,000 pengikut di Instagram mengakui sudah berhenti sekolah sejak berusia 14 tahun.


Kredit foto: IG Yuyu

Tidak menggalakkan anak muda lain untuk mengikut jejak sama, Yuyu bagaimanapun tidak pernah menyesali keputusan itu dan dia kini fokus membantu bisnes keluarga.

"Keluarga saya buat bisnes. Macam kakak ada keluarkan kosmetik. Saya banyak tolong dia. Banyak modelling untuk jenama kakak juga.

"Ramai pertikai termasuk kawan sendiri. Mereka kata saya akan jadi bodoh dan tak boleh berjaya. Ada yang kata saya tak akan ke mana kalau tak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya tak kisah, sebab ada rezeki masing-masing, perjalanan masing-masing. Saya berhenti pun keputusan sendiri. Saya rasa lagi suka buat bisnes.

"Keluarga pun beri sokongan. Mereka tahu apa yang saya nak buat. Saya tak pernah menyesal. Dah berhenti sekolah tak bermakna saya dah tak belajar langsung. Saya banyak belajar sendiri," jelasnya lagi.

Menurut Yuyu, dia juga sedang merancang untuk mengeluarkan produk fesyen jenama sendiri tidak lama lagi.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 8-3-2021 07:49 AM
Product timbang kilo ke?
Quote Tinot7 8-3-2021 07:51 AM
Dia tak amik spm? Muda2 jaman pandemik ni mmg la ramai saporter.. bila dah tua esok lusa, nak cari mkn camne?
Quote riyadhK 8-3-2021 07:52 AM
Nana_Man replied at 8-3-2021 07:49 AM
Product timbang kilo ke?

Semestinya la
Quote Kurex 8-3-2021 08:01 AM
Skrg ni memang kau rasa bangga, akan datang belum tentu orang puja. Dan dalam 7 juta tontonan, belum tentu ada yg suka. Boleh jadi diri tu jadi bahan cikcap penonggeng agama, pedo, kaki cikcap
Quote Nana_Man 8-3-2021 08:03 AM
Tinot7 replied at 8-3-2021 07:51 AM
Dia tak amik spm? Muda2 jaman pandemik ni mmg la ramai saporter.. bila dah tua esok lusa, nak cari m ...

Org2 mcm ni takkn hidup susah... dunia dah terbalik.
Quote Nana_Man 8-3-2021 08:04 AM
riyadhK replied at 8-3-2021 07:52 AM
Semestinya la

And ppl tetap support products bodoh ni.
Quote salmon-suki 8-3-2021 08:32 AM
Style lain drpd y lain?ai tgk ramai jah bbnu y pakai shawl loose gtu,baju ntah hape2..bajet avant garde ke ape deknon oitttt?

Promo produk timbangkilo jgk laa hujung2..ai hrp manusia2 jgn laa jd bodoh n beli produk kosmetik y dijual oleh geng2 takde education nih..kalau pelajaran pun failed,celah mana datangnya self-claimed self-created formula produk kosmetik dia tuh?think again fellas..jgn biarkn kebodohan menguasai diri..bkn utk produk dia ni sahaja,produk2 kosmetaik y lain pn sama..
Quote 3480 8-3-2021 08:47 AM
Mmg rezki org kita xtau..
Tp belajo la dekk.. takat espiyem pon jd la
Home school pon xpa

Budak2 yg ada masalah pembelajaran tu lain..
Ko ok jahh..
Quote eyansss 8-3-2021 09:00 AM
ko o nak tertonggeng je, terbalik ke, jadi modal orang melancap dengan gedik bontot tu, lantak ko la!!!  tapi jangan sesekali influence orang berhenti sekolah dengan ayat ko tu!!!!!!!!!!
Quote azie5zoe 8-3-2021 09:56 AM
Tetiba teringat ayat dalam cerita zombie kampung pisang...."Biarkanlah dia habis cakap, dia ada SPM"..maknanya kalau tak tinggi pun tak per..janji ada SPM dik oi.
Quote Redmyvi 8-3-2021 10:29 AM
zaman skrg punya standard kejayaan, anda dikira berjaya kalau ramai follower di socmed dan duit juta2 secara express..

pendidikan, akhlak, usaha dan pengalaman tauk tepi..
Quote tootii 8-3-2021 10:42 AM
harap mmg tak jadi bodoh la kelak ..
Quote airmineral 8-3-2021 11:26 AM
family sapot
pembeli sapot
penonton sapot

memang hidup je la org2 cmni
Quote kucingitam 8-3-2021 11:31 AM
sukati lah dik...jgn sok2 takde duit minta bantuan sana sini dah la
Quote haryatie 8-3-2021 12:40 PM
nnti kwin le dgn org2 tua kayo
tak gitu
senang hidup
Quote ninnamina 8-3-2021 01:26 PM
Kalau belajar tak pandai ke tak minat ke tolong la bagi je habis sekolah tu dulu.. lepastu go ahead la dengan minat kau. Tapi dia ni parent dia pun jenis tak kisah anak sekolah ke tak..
Quote LadyCarefree 8-3-2021 01:29 PM
Nana_Man: And ppl tetap support products bodoh ni.



Betul. Semua bodoh sbb apa pon xtau la. Mungkin sbb teringin nk jadi mcam idola mereka. Alep sokree jual megi belas hengget pon ada yg beli.
Quote LadyCarefree 8-3-2021 01:30 PM
Seriously apa yg eloknya budak ni? Dahlah badan serupa tiang letrik.
Quote esbok 8-3-2021 01:53 PM
Kene belajar. Nanti kat level ko dah rasa education tak penting, bawak ke anak ke cucu ke cicit sian ke piut. Duty cicit piut kene break the circle yang education tu x penting sian cicit piut

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.042043 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top