CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Selesai SPM, Pelajar Maut Jatuh Bangunan Lepas Lawat Rakan

8-3-2021 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4481| Komen: 14

Seorang remaja yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui mati di kaki lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jinjang Utara di sini hari ini.

Insiden melibatkan lelaki berusia 17 tahun itu mengejutkan penduduk selepas menemui mangsa kira-kira pukul 4 pagi, kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.



Gambar hiasan

“Mangsa merupakan seorang pelajar SPM yang tinggal di Jinjang Selatan dan datang ke PPR Jinjang Utara untuk melawat rakannya sebelum dipercayai jatuh dari bangunan di kawasan pejalan kaki di PPR di Jinjang Utara.

“Polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mayat mangsa berada dalam keadaan terlentang dan tidak bergerak di laluan pejalan kaki di bawah PPR tersebut.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa, pihak polis mendapati terdapat kesan cedera di bahagian kepala mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah Eng Lai siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian,” katanya lagi.

Polis mengklasifikan kes sebagai mati mengejut.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 8-3-2021 08:56 AM
Siannnya. Jinjang semua ni kawasan kebanyakannya kaum cainis. Siannya muda lagi.
Quote Nana_Man 8-3-2021 09:00 AM
Suicide ke kene bunuh?
Kesian nye...
Quote BarbiePink 8-3-2021 12:06 PM
Sian nya dengar
Terjatuh ke bukan perbuatana khianat
Quote fifie_olin 8-3-2021 12:31 PM
tgh2 mlm pi umah kwn
Quote LadyCarefree 8-3-2021 01:23 PM
fifie_olin: tgh2 mlm pi umah kwn


Mana chuols tau?
Takleh ke visit kawan dari siang sampai malam?
Quote depresio 8-3-2021 01:36 PM
Kesiannya
Sebab apalah yg boleh jatuh tu
Quote Nenolen 17-3-2021 11:24 AM
RIP dik...
Quote tootii 17-3-2021 11:46 AM
terjatuh ? aku harap bukan bunuh diri la ..
kot2 frust spm tak buat ngan baik ke kan..
Quote Meiizu 20-3-2021 11:00 PM
Bergurau tolak2 ke apa ni
Quote nurkasih74 20-3-2021 11:02 PM
Ppr jinjang ni bkn chinese he..melayu pun ramai..india jua..indon.. pelbagai..
Quote dudaberhias 20-3-2021 11:41 PM
If terjatuh tu memang possible juga sebab budak2 degil umur macamni suka betul duduk atas palang ke pagar tingkat atas tu, cikgu la yang penat kena terpekik marah supaya makhluk2 ni tak duduk situ. Tapi bila cikgu takde dia buat balik. Sape biasa sekolah menengah dulu mesti ada berlaku kan benda ni. Kalau iols mak deorang dah lepuk dah sampai berdarah.
Quote rayray28 21-3-2021 01:22 AM
putus cintakah? lepas jumpe rakan ke kekasih?
Quote Ninjanunu 17-5-2021 11:44 AM
Kesian. Baru habis sekolah. Baru nak mulakan alam selepas sekolah.
Quote diss69 17-5-2021 11:56 AM
Simpati n sedih.. Baru n masuk alam dewasa.. Dh tau ke apa puncanya..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.043341 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top