Tidak mahu menjadi mangsa penipuan (scam), penyanyi Nourul Depp mengingatkan diri agar berhati-hati membantu individu yang meminta pertolongan. Nourul, nama sebenar Noorulhuda Abdul Wahab, 44 mendakwa ramai yang cuba mengambil kesempatan meminta bantuan terutamanya pendatang tanpa izin.
“Sebenarnya semenjak ramai hilang pekerjaan, ada juga yang suka ambil kesempatan terutamanya pendatang tanpa izin,” catatnya di Instagram. Penyanyi lagu Kerana Terluka itu memuat naik paparan skrin menerima mesej daripada seorang individu meminta bantuan untuk diri dan anaknya yang dalam kesusahan. “Kami bantu yang boleh dibantu yang dapat dibantu serta yang benar memerlukan. “Semoga Allah permudahkan semua yang sedang dilanda kesukaran,” tambahnya. Ibu anak empat itu di ruangan komen turut bersetuju dengan kata-kata pengikutnya yang menyarankan individu itu mencari peluang pekerjaan daripada menghabiskan masa melayari media sosial. Sumber: ProjekMM
|
kucingitam replied at 8-3-2021 03:29 PM
typo kot..nak taip puan kot
ADVERTISEMENT