CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Taufik Hanafi Kecewa Selalu Kena Reject Dengan Stesen TV

8-3-2021 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6270| Komen: 28

Pelakon filem Ola Bola dan Paskal, Taufik Hanafi, 29, belum mengaku kalah untuk mencipta nama dalam industri seni tanah air.

Selepas membintangi Paskal yang mendapat sambutan hebat, Taufik amat kurang menerima tawaran terutamanya untuk berlakon drama televisyen.


Kredit foto: IG


"Aktiviti lakonan saya tetap berjalan seperti biasa tapi untuk dapat tawaran berlakon terutamanya drama ternyata agak sukar. 

"Faham sajalah kerana kena tunggu kelulusan stesen TV. Jadi, saya selalu kena 'reject'. Nak cakap saya tiada nilai komersial atau sebab saiz fizikal pun tak pasti juga. 

"Hanya stesen TV yang ada jawapannya, walaupun pengarah nak saya bawa sesuatu watak kerana kena dengan saya," katanya kepada Harian Metro.




Menurutnya, setakat ini dia hanya banyak terbabit sebagai pengacara dan kini berlakon sebuah filem baharu.

"Sejujurnya saya masih tunggu tawaran untuk drama atau projek lain. Lebih lagi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, semua projek masih digantung tak bertali kerana tiada pengesahan dari produksi.

"Apabila ditanya semuanya kata tunggu keputusan dari stesen TV. Pernah juga saya sabar menanti dan apabila keputusan diperolehi saya diberitahu belum ada lagi rezeki untuk saya. 

"Tak dinafikan perasaan kecewa memang ada. Tapi apa nak buat kerana kuasa pemilihan bukan di tangan pengarah atau penerbit," katanya. 



Taufik yang berlakon sepenuh masa kini merancang untuk menyambung pengajiannya sebagai jaminan masa depan.

"Saya rancang nak sambung ke peringkat ijazah sarjana mungkin dalam pemasaran filem atau yang berkaitan," katanya.

Taufik sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perfileman dan televisyen di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-3-2021 03:50 PM
Dapnyehhhh
Quote dino 8-3-2021 03:51 PM
mcm most forumer ckp. muka basic mmg susah cari mkn haha
Quote MakcikLaksa 8-3-2021 04:02 PM
Cuba ko tengok cermin dik.. Mesti dapat jawapannya kenapa takda banyak tawaran...
Quote missbigrockstar 8-3-2021 04:03 PM
Kesian. Padahal ok je diorang ni berlakon. Nak dpt watak hero mmg susah lah. Selalu dpt watak kawan kepada hero. Mcm Mustaqim Bahadom. Tapi Mustaqim tu makin laku selalu nampak dlm drama sejak akhir ni. Semoga bakat Taufik ni dpt diketengahkan. Industri drama rantaian maybe susah, tapi filem, drama realiti kehidupan maybe ada peluang. Dulu2 zara zya pun lama kot bertahun2 tunggu baru dpt watak heroin.
Quote Kurex 8-3-2021 04:05 PM
Tarik balik, TAK DAP!! TAK DAP!!!
Quote little_sis 8-3-2021 04:35 PM
Oo nama dia taufik hanafi.. aku ada tgk drama bersiri yg dia jd lead... Aku ingatkan aku silap tgk, tp betul rupanya dia jd lead hero..
Quote JalaEmas 8-3-2021 04:59 PM
die berlakon cite ape eh yg jd penculik tu.. lupee dah.. wtak extra je.. baru tahu name dia taufik hanafi
Quote deebiz14 8-3-2021 05:03 PM
Kurex replied at 8-3-2021 04:05 PM
Tarik balik, TAK DAP!! TAK DAP!!!

Eh apo... ni mesti scan tempat lain dulu.. re-scan balek baru tesedar telajak perahu.
Quote Perawankota 8-3-2021 08:01 PM
Tak cukup kipas kot...
Quote bakingsoda 8-3-2021 09:09 PM
tak photogenic. dlm gambar nampak kepam, dlm video jauh lagi helok
[ig]CLO3aMFJ7u1[/ig]
Quote Carcosa 8-3-2021 09:51 PM
JalaEmas: die berlakon cite ape eh yg jd penculik tu.. lupee dah.. wtak extra je.. baru tahu name dia taufik hanafi


Haaa, meols tau. Telefilem "Hilang Yang Kembali" kan.
Dgn si Emelda hidung repair nenek kebayan, Aqasha dap dap yummy. Kan?
Quote samshik 9-3-2021 12:21 AM
Sapo ko neh dik????
Quote ahi_mason313 9-3-2021 01:52 PM
x cukup putih dia ni
Quote Ferr_Remy 9-3-2021 01:54 PM
Xde pakej. Muka biasa sgt. Muka bapak2 org da.
Quote Ritacomels 9-3-2021 02:46 PM
Dah tu x mungkin la lau ko nk bwk watak hero akasia plk, kalau pembunuh or perogol bersiri tu agk sesuai la
Quote babyorange 9-3-2021 07:54 PM
Nape caption ig die mcm xkena je ngn gambo?
Quote RED 666 10-3-2021 04:11 PM
ada degree dr aswara, baik cuba mintak keje lecturer di aswara tak pun keje kat rtm, astro, media prima. berlakon buat part time pun ok
Quote supernaturalee 10-3-2021 10:53 PM
RED 666 replied at 10-3-2021 04:11 PM
ada degree dr aswara, baik cuba mintak keje lecturer di aswara tak pun keje kat rtm, astro, media pr ...

Aswara dh keluar degree eh


Anyway jgn berterbangan sdh

Kata xde offers
Dlm artikel segala job hos, filem bersusun je

Quote RED 666 11-3-2021 05:06 AM
supernaturalee replied at 10-3-2021 10:53 PM
Aswara dh keluar degree eh



job bersusun tapi setiap tahun dapat berapa sgt je, pendapatan x konsisten mcm org keje gomen dpt gaji setiap bulan

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.115559 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top