CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati-Hati Elak Hilang Mykad

11-11-2013 10:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10497| Komen: 41

Gambar hiasan


ADA pendapat mengatakan, MyKad adalah nyawa kedua bagi setiap orang.

Hal ini disebabkan pertama jikalau tiada MyKad anda boleh dikategorikan sebagai pendatang asing atau pendatang haram. Kedua, sila-silap MyKad anda sudah terlepas ke tangan orang lain.

Ketiga, jika MyKad anda berada di tangan orang lain contoh penyamun, pembunuh malah penjenayah sekalipun anda akan diburu hingga ke lubang cacing.

Itulah akibat dan kesannya jika MyKad hilang atau tercicir. Tetapi yang banyak berlaku adalah Mykad tercicir atau tertinggal di kaunter fotokopi, kaunter bank, atau semasa mengeluarkan wang dari dompet atau anda pernah diragut yang menyebabkan Mykad hilang.

Kecuaian ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira dia itu remaja, orang dewasa, pemimpin politik dan juga orang berpangkat besar. Pendatang asing terutama pendatang asing jika terjumpa MyKad seperti terjumpa emas sebongkah atau wang seguni.

Ini kerana dengan MyKad anda mereka boleh merompak, menyamun kedai emas dan sebagainya.

Oleh itu berhati-hatilah bagi mengelakkan kehilangan MyKad. Ingat semasa membuat salinan MyKad untuk sesuatu urusan di kedai fotokopi, MyKad anda boleh sahaja terselit dan tertinggal, bayangkan akhirnya MyKad anda terjatuh kepada penjenayah dan menyebabkan muka anda keluar di akhbar kerana melakukan kesalahan jenayah.

Jika anda hilang MyKad antaranya pernah diragut segeralah melaporkan kepada pihak polis dan membuat MyKad baharu.

Atau sebelum itu ingatkan di mana anda pernah membuat salinan fotokopi atau berurusan dengan bank. Ini kerana di sinilah selalunya MyKad seseorang mudah tercicir atau terlupa.

Banyak kes sekarang ini melibatkan kehilangan MyKad yang kemudiannya dipalsukan digunakan untuk merompak wang di bank dan kedai emas yang digunakan oleh pendatang asing tidak bertanggungjawab. MyKad palsu adalah berpunca daripada MyKad rakyat tempatan yang hilang.

Memetik Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said sebagai berkata, menafikan dakwaan bahawa MyKad palsu sangat mudah diperoleh warga asing.

Menurut Jariah, isu MyKad palsu tidak sewajarnya ditimbulkan kerana apa yang terjadi kebanyakan berpunca daripada kehilangan oleh pemiliknya  iaitu rakyat tempatan sendiri sehingga disalahgunakan oleh warga asing.

“Warga asing ini memperoleh MyKad bukan daripada sindiket pemalsuan, sebaliknya kad pengenalan diri rakyat tempatan yang hilang sama ada dicuri, diragut atau kecuaian diri sendiri.

“Gambar dalam MyKad itu akan ditukar kepada gambar baharu tanpa mengubah nama, alamat, agama dan jantina pemilik asalnya. Inilah yang berlaku seperti dalam kes pengawal keselamatan menggunakan MyKad palsu telah menembak mati pegawai bank di Subang Jaya baru-baru ini.”

Beliau mengulas dakwaan bahawa MyKad palsu begitu senang diperoleh sehingga ramai pengawal keselamatan asing menggunakannya ketika memohon pekerjaan.

Berdasarkan statistik kehilangan MyKad oleh JPN, hampir 1.5 juta MyKad dilaporkan hilang hanya dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Lebih membimbangkan apabila statistik terbaharu sehingga Ogos tahun ini sahaja menunjukkan sudah 461,295 MyKad dilaporkan hilang, sekali gus memberi gambaran betapa rakyat negara ini dilihat seolah-olah tidak peka terhadap keselamatan dokumen penting tersebut.

Menurut Jariah, bagi membendung permasalahan ini, pihaknya meminta supaya orang ramai segera menukar MyKad lama kepada baharu yang ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan jauh lebih tinggi serta sukar disalahgunakan.

“Berbeza dengan MyKad lama, ciri-ciri keselamatan yang baharu lebih tinggi sehingga sukar untuk disalahgunakan. Antaranya, sebarang percubaan untuk menukar gambar yang tertera pada salinan plastik MyKad tersebut akan menyebabkan gambar baharu itu kelihatan tidak asli, tindakan susulan akan dilakukan bagi membendung kehilangan MyKad oleh rakyat tempatan supaya mereka lebih menghargainya selepas ini,” katanya.

Justeru, beliau turut meminta pihak syarikat keselamatan yang ingin menggaji pengawal keselamatan supaya terlebih dahulu mendapatkan pengesahan MyKad di JPN sebelum mereka diambil bekerja.

Sebagai peringatan kepada semua, ingatlah bahawa MyKad anda umpama nyawa kedua anda.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 11-11-2013 09:03 AM
penah hilang sbb handbag kena ragut in 2005.. sampai skrg aku masih berharap jgn la ada apa2 isu yg timbul berkaitan mykad aku.. harap2 peragut tu campak dlm gaung ke semak ke dan reput camtu jer...
Quote benzo33 11-11-2013 09:07 AM
Kenapa maklumat cap jari yang terkandung dalam IC tidak digunakan sepenuhnya kepada pihak yang mengesahkan IC dan pemiliknya? Contohnya majikan yang mengambil pekerja, urusan bank, dan sebagainya. Jika pihak2 yang mengesahkan IC ini mengambil langkah sewajarnya, sudah pasti sedikit sebanyak masalah penyalahgunaan IC dapat dibendung.

Cuma aku taknak komenlah yg pendatang dpt IC ori...yg tu kalau ada, mmg takleh nak buat apa.
Quote katak hijau 11-11-2013 09:09 AM
benzo33 posted on 11-11-2013 09:07 AM
Kenapa maklumat cap jari yang terkandung dalam IC tidak digunakan sepenuhnya kepada pihak yang menge ...

aku pun heran, cap jari tu semata2 nak hias mykad ke? tak boleh ke dikembangkan lagi penggunaan cap jari tu?
Quote gogo2 11-11-2013 09:13 AM
benzo33 posted on 11-11-2013 09:07 AM
Kenapa maklumat cap jari yang terkandung dalam IC tidak digunakan sepenuhnya kepada pihak yang menge ...

pak guard yg bunuh pegawai bank tu adalah MyKad ori. Buktinya beliau dpt kerja guard dan boleh ada akaun bank.

MyKad Palsu sebenarnya adalah MyKad ori. Takde MyKad Palsu kat Msia. Semua MyKad adalah ori.
Quote fifie_olin 11-11-2013 09:13 AM
dh lama aku nk tukar IC...x terbuat2 pon...smpi dh ilang no ic yg kt depan tu...malu je bila org tya...
Quote chazey 11-11-2013 09:15 AM
gogo2 posted on 11-11-2013 09:13 AM
pak guard yg bunuh pegawai bank tu adalah MyKad ori. Buktinya beliau dpt kerja guard dan boleh ada ...

Kan.......
Quote chazey 11-11-2013 09:18 AM
Lapor polis pun tak guna.

Buktinya ummah filipin yang terlibat dgn kes rompak bank di key el baru2 ini boleh rilek guna IC yang dicuri siap curi identiti orang lagi. Kasihan ummah lolal Sabah yang tak pernah pijak kaki ke key el dituduh sbg perampok.

*malas tepek berita. Google sindri laporan di Borneo Post*
Quote benzo33 11-11-2013 09:18 AM
gogo2 posted on 11-11-2013 09:13 AM
pak guard yg bunuh pegawai bank tu adalah MyKad ori. Buktinya beliau dpt kerja guard dan boleh ada ...

Memang takde mykad palsu..yang ada pemilik palsu kepada mykad ori tersebut.

Persoalannya di sini, adakah guard indon tu pemilik yg sah kepada mykad ori tersebut? atau mmg dia ada mykad hasil kurniaan seseorang.
Quote Odyman 11-11-2013 09:26 AM
Indon atau Filipin nak palsukan mykad urang sabah mungkin boleh sebab slangnya bagi orang  Semenanjung sukar nak bezakan,kecuali orang Sabah sahaja yang tahu.Tapi kalau Indon nak palsukan mykad orang Kelantan mungkin susah. Orang pattani mungkin boleh.
Quote tapibukanaku 11-11-2013 10:15 AM
gogo2 posted on 11-11-2013 09:13 AM
pak guard yg bunuh pegawai bank tu adalah MyKad ori. Buktinya beliau dpt kerja guard dan boleh ada ...

maksud nya apa? pencerahan pls!
Quote leylapple 11-11-2013 10:54 AM
benzo33 posted on 11-11-2013 09:07 AM
Kenapa maklumat cap jari yang terkandung dalam IC tidak digunakan sepenuhnya kepada pihak yang menge ...

ko harus paham....kalo ic tu cip nya ada data..yang mana datanya match pada cap jari, maka sudah tentu pihak bank membenarkan si pemunya ic membuka akaun..

sama jugak dgn majikan, penah ker majikan nak hired pekerja cek ic pekerja tu just to cek ic palsu or tak?

dan satu lagi, apa maksud ic palsu??ic yang datanya dipalsukan atau ic nya tidak mengandungi apa2 data?

yang blh cek pendatang or tidak adalah pihak imegresen dgn JPN jer...

jgn pulak bila ada warganegara* yang buat salah, bila di cek baru nak claim ic tu palsu

*warganegara refers to pemunya ic malaysia kaler biru



Quote bangcak 11-11-2013 11:30 AM
pru-13 haritu ramai 'bumiputra baru' dpt i.c
toksah curi warga tempatan punya i.c pon takpe.
Quote jula7 11-11-2013 11:34 AM
sabah ni merata-rata dah ummah yg dapat ic segera ni hah..
yg kesiannya ummah asli ni hah..jadi macam pendatang di negeri sendiri pulak da gamaknye..
apa tidaknye..
da pendatang ni berlagak macam  ni negara dorg..
tak ke payah tu..?
Quote dfan 11-11-2013 11:42 AM
pak gad yg chilake tu dia pakai mykad palsu..di mana data dan apa segala mmg x wujud pun ... n dlm chip mykad tu mmg x ada data..semata2 fizikal je merupai mykad ori... ala senang cerita macam org tiru barang branded... cpy sebijik2 fizikal tp sbnarnya palsu...

n perlu diingatkan ye... ada rakyat malaysia..RAKYAT JATI ANAK MALAYSIA ni yng menjual IC original kepada rakyat asing semata2 nak duit....kes yg ni ada pakar yg boleh tukar gambar N nama...

pasal pgunaan cap jari x meluas tu kna tanya syarikat2 yg brkaitan le.. syarikat2 yg besar gedabak untung juta2 x kan x bleh beli reader chip mykad tu?? boleh jer... untumg nak lbih..x pasal2 nyawa org yg x brsalah kena..
  
Quote wana89 11-11-2013 11:43 AM
leylapple posted on 11-11-2013 10:54 AM
ko harus paham....kalo ic tu cip nya ada data..yang mana datanya match pada cap jari, maka sudah t ...

Jadi nya.. teknologi ic palsu ni sama dengan ic ori. Cuma didatangkan sumber xsah? kira hebat la orang buat ic palsu ni sebab blh create data dalam tu..
Quote roy3 11-11-2013 11:49 AM
dfan posted on 11-11-2013 11:42 AM
pak gad yg chilake tu dia pakai mykad palsu..di mana data dan apa segala mmg x wujud pun ... n dlm c ...

camne leh xde data kalu die leh bukak akaun bank??kn kene ada scan cip pastu sahkan cap jari??
Quote d-7-0ne 11-11-2013 11:51 AM
suruh madet yg jawab smua ni.
Quote leylapple 11-11-2013 12:08 PM
wana89 posted on 11-11-2013 11:43 AM
Jadi nya.. teknologi ic palsu ni sama dengan ic ori. Cuma didatangkan sumber xsah? kira hebat la o ...

ko pun harus paham....yang buat ic berchip nie pun hanya ada satu kompeni jer kat malaysia...yang buat ic kaler biru dan merah...

tak ada istilah sumber tak sah..sumber tu mmg dah ada..extract jer info dari jabatan imegresen, alter sikit pastu jadikan data dalam ic..

p/s mana ada istilah ic palsu...ic palsu tu hanya timul bila pemegang ic didapati bukan warganegara tapi diberi kerakyatan malaysia baru2 nie...ada paham????


Quote wana89 11-11-2013 12:15 PM
leylapple posted on 11-11-2013 12:08 PM
ko pun harus paham....yang buat ic berchip nie pun hanya ada satu kompeni jer kat malaysia...yang  ...

Sori kaka.. aku lembap sikit pagi ni..

Maksud kau syarikat ni yg ambil kesempatan atau pihak dari JPN yang jual ni?

Atau kerajaan BN yang buat?  Tiga kemungkinan aku beri .mana satu pendapat kau.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.170909 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top