Pelakon, penyanyi dan usahawan, Fathia Latiff menyifatkan dia mempunyai pilihan untuk melakukan apa sahaja selagi ia tidak memberi kemudaratan kepada dirinya.
Fathia, 34, atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff baru-baru ini mendapat kritikan segelintir warganet apabila memuat naik video seterusnya mempromosikan kaedah rawatan aestetik ‘filler’ di bahagian rahang di media sosial. Katanya kepada MH, dia tidak boleh berbuat apa-apa andai ada pihak yang tidak suka terhadap apa yang dilakukannya itu. “Itu hak saya. Mungkin ada yang tidak suka dan sebaliknya. Kalau yang suka, saya gembira kerana saya seperti motivasikan mereka untuk tampil lebih cantik. Bagi yang tidak suka, saya tak boleh nak buat apa.
“Ia tidaklah ketara perubahan yang dilakukan. Bila buat rawatan dan amalkan jamu, ia lebih berganda. “Malah saya sering muncul di kaca televsyen dan sosial media. Orang nak tengok saya dan saya kenalah tampak cantik. Ini adalah sebahagian daripada kerja saya. Pekerjaan saya membuatkan saya perlu tampil lebih berbanding orang lain,” katanya. Dia pada masa sama juga tidak kisah jika ada yang memandangnya dari sudut negatif. “Saya tidak kisah. Malah dari dulu pasti ada yang pesimis. Namun dalam sisi lainnya, mereka seolah-olah buatkan saya untuk jadi lebih kuat,” katanya lagi. Terdahulu, pelakon drama Ariana Rose ini ditemui pada majlis pelancaran kiosk pertama Jamu Dara Cantik by Fathia Latiff di Setapak Sentral, pada Jumaat. Berkongsi mengenai kecintaan kepada dunia perniagaan jamu ketika ini, Fathia mengakui idea tersebut tercetus setelah sering melakukan promosi produk termasuk jamu sejak sekian lama menerusi platform media sosial miliknya. “Sebelum ini saya sering lakukan reviu dan daripada situlah saya mulai kumpul kekuatan dan keyakinan untuk buka sendiri kiosk jamu untuk dijual kepada peminat. “Memang tidak dinafikan daripada segi ‘branding’, nama saya lebih kuat di media sosial. Bagaimanapun diri sendiri, saya lebih senang jualnya secara fizikal. “Proses untuk bukanya tidaklah ambil masa yang lama iaitu lebih kurang sebulan sahaja. Saya bertuah kerana ada rakan kongsi, Anis yang banyak berikan sokongan. “Dia juga ada kiosk kecantikan sendiri dan kami sudah pun kenal lama. Malah ketika aktif berlakon sebelum ini, saya selalu juga beli jamu darinya. “Alhamdulillah pembukaan ini dipermudahkan. Selain itu saya juga ada produk sendiri iaitu minyak wangi dan biskut. Target saya untuk buka lebih banyak kiosk seperti ini, khasnya di pusat membeli-belah di kawasan bandar. “Saya memang amalkan jamu sejak berusia 20 tahun dan syukur pada usia sekarang pun saya masih lagi aktif dan bertenaga. Jadi memang nak kongsi akan kebaikan amalan jamu ini kepada semua,” katanya yang turut berhasrat untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas ini. -CARI Sumber: Media Hiburan
|
Incanto replied at 8-3-2021 06:51 PM
serious...gambar atas tu nampak mcm umur 40 lebih
ADVERTISEMENT