CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Johor - Adat perkahwinan yang menyusahkan kaum lelaki?

9-3-2021 02:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11444| Komen: 21|Original author: pestol

 

Di Malaysia, kita kaya dengan budaya dan adat resam yang masih lagi dipelihara asalkan ia tidak melanggar hukum-hakam agama. Kita juga boleh lihat adat yang wujud semasa majlis perkahwinan orang Melayu ni banyak proses yang perlu dilalui, dimulakan dengan merisik, lepas tu menghantar rombongan meminang, selepas pinangan diterima tu kena bertunang pula dan yang terakhir barulah bernikah.

Tak lupa juga dekat malam berinai, benda tu orang perempuan paling suka sebab boleh menghias tangan mereka menggunakan inai. Selepas habis semua proses tu, majlis gilang-gemilang pula akan diadakan di mana ia sinonim dipanggil kenduri kahwin. Banyak jenis tema yang boleh kita lihat dalam sesuatu kenduri kahwin itu, lebih-lebih lagi mengikut tradisi negeri masing-masing.

Kali ni kami nak cerita serba-serbi berkenaan adat perkahwinan negeri Johor, apa je yang korang kena tahu pasal ni? Kalau nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca.


Proses persandingan yang agak berbeza disusuli dengan ‘tol’




‘Tol’ yang dilakukan dalam adat kahwin orang Johor. Imej dari YouTube

Kalau korang ada kawan-kawan yang pernah berkahwin dengan perempuan dari Johor, mesti korang boleh relate diri korang dengan adat perkahwinan orang Johor ni kan. Cara mereka ni sangatlah unik dan memang hanya di Johor sahaja buat benda ni. Kalau korang nak tahu, apabila seseorang pengantin perempuan itu merupakan anak kelahiran Johor, semasa majlis bersanding tu dia akan diasingkan dengan pengantin lelaki dan ditempatkan di atas pelamin terlebih dahulu.

Pengantin lelaki dan juga rombongannya akan berarak menuju ke majlis beramai-ramai, selepas itu akan ada tol yang perlu dilalui mereka sebelum pengantin lelaki dapat bersemuka dengan pengantin perempuan di dalam rumah. Selalunya apa yang dilakukan dekat tol ni adalah sesi lawan pantun, berteka-teki atau apa-apa sahaja yang diminta oleh pihak tol iaitu keluarga pengantin perempuan itu sendiri.



Oh ye, pengantin lelaki perlu bayar tol, selalunya mereka akan bayar dalam bentuk duit atau gula-gula. Kalau mengikut kebiasaan, ada 4 tol secara keseluruhannya iaitu tol pertama (adik-beradik), tol kedua (pakcik makcik), tol ketiga (sepupu sepapat) dan tol keempat (mak andam) yang dipanggil buka kipas. Untuk tol yang pertama hingga ketiga tu kira orang selalu buat dah tu, tapi yang untuk mak andam tu dia agak kontroversi sikit.

“Ni okey lah satu tol dua orang je. Ada tu saya pergi (kenduri kahwin), satu tol kemain ramai ada la dalam 10 orang. Tol yang pertama tu budak-budak. tol kedua remaja, tol ketiga pakcik makcik, tol keempat mak ayah pengantin,” Dayah Abdullah, petikan dari Sinar Harian



‘Buka Kipas’ dalam adat kahwin orang Johor. Imej dari YouTube

Ia menjadi kontroversi kerana dikatakan ramai mak andam sekarang mengenakan tol buka kipas ni sampai beratus ringgit, sedangkan budaya tol ni untuk suka-suka je. Bayaran awal untuk mak andam pun dah dikira mahal, lagikan dorang minta lagi duit buka kipas yang agak tinggi. Benda macam ni boleh membebankan pengantin tu sendiri, dah kalau duit habis kat majlis je nanti lepas kahwin nak bagi bini makan apa kan.

Aktiviti rewang dan penyediaan makanan tradisi yang lazat



Kalau di Johor ni, apa-apa majlis pun mesti ada aktiviti rewang ni. Rewang ni kalau nak mudahkan cerita, ia adalah aktiviti memasak beramai-ramai yang disertai bukan sahaja keluarga, malah jiran tetangga juga sama-sama menjayakan rewang ni. Kiranya, ini la cara orang dulu-dulu menyediakan lauk-pauk untuk kenduri, sebab zaman dulu takde catering.

Selalunya rewang ni akan bermula sehari sebelum majlis, masa ni lah semua orang boleh merapatkan silaturahim sesama mereka sebab sambil tolong memasak tu dorang boleh juga berborak kan. Ada yang menolong potong bawang di dapur, ada yang mengacau lauk dalam kuali kawah dan ada juga yang ditugaskan untuk membasuh segala periuk kotor selepas memasak tu (tu yang paling tak best).



Untuk jenis masakan pula, dekat Johor ni macam-macam keturunan ada seperti Jawa, Banjar dan Bugis, tapi kalau dilihat balik cara masakan mereka semua agak sama je. Itu juga membuatkan makanan di Johor ni agak istimewa sebab terdapat pelbagai makanan tradisi yang unik dan juga sangat lazat, lagi-lagi masa kenduri tu memang belambak makanan daripada air tangan orang lama. Antaranya adalah sambal goreng jawa, tahu tak sambal goreng jawa tu apa? Ia merupakan campuran kacang panjang, tauhu, tempe, kentang, mi hun dan udang kecil yang digoreng sekali (sedap gila benda ni).


Sambal goreng. Imej dari Dapur Tanpa Sempadan

Tak Johor la kalau tak ada Nasi Briyani Johor, tu juga antara perkara yang menarik bila datang ke kenduri orang Johor ni. Nasi Briyani yang disajikan dengan lauk seperti ayam masak merah, rendang daging dan juga acar buah yang sangat menarik, kira bila korang balik tu mesti kenyang gila punya lah. Kalau nak gaya orang lama lagi, mesti lah kena ada Nasi Ambang iaitu makanan yang sinonim dengan negeri Johor dan tiada kat tempat lain.


Seni persembahan tradisional yang mewarnai suasana


Zapin negeri Johor. Imej dari Facebook

Semasa majlis kahwin, mesti akan ada persembahan semua tu kan, yang paling popular mestilah persembahan silat. Tapi silat tu macam terlalu biasa je kan, kat semua tempat kita boleh tengok persembahan silat ni dimainkan. Lain pula cerita dekat Johor ni, macam-macam persembahan kita boleh tengok ketika mengunjungi kenduri kahwin di Johor ni.

Antara yang korang boleh tengok adalah tarian Zapin yang asli, semua orang mesti tahu yang tarian Zapin ni berasal daripada Johor dan cara mereka untuk memartabatkan tarian itu adalah dengan membuka lebih banyak kelas Zapin supaya generasi baru dapat mempelajarinya. Selalunya, keluarga pengantin akan menghubungi pasukan Zapin sekolah yang berdekatan dengan tempat mereka untuk mempersembahkan tarian mereka di hadapan pengantin.



Joget Lambak. Imej dari YouTube

Selain Zapin, tarian Kuda Kepang pun ada tapi yang tu agak jarang dibuat ketika ini disebabkan sudah tidak ramai yang masih menawarkan khidmat tarian Kuda Kepang ni. Seterusnya, acara yang mungkin ramai suka juga ada iaitu Joget Lambak, di mana muzik yang rancak akan dimainkan dan pengunjung dialu-alukan untuk menari di kawasan yang ditetapkan untuk memeriahkan lagi majlis.

Susah dah kalau nak tengok sesi Joget Lambak ni diadakan dekat mana-mana kenduri, sebab tu kalau korang berkesempatan untuk cuba Joget Lambak ni, sila lah cuba. Mungkin itu kali terakhir korang akan cuba Joget Lambak, lagi satu budak-budak muda zaman sekarang mungkin tak berapa minat lah kot. Tu yang hampir nak pupus dah benda ni.


Adat yang perlu dipelihara supaya tidak ditelan dek zaman


Acara menepung tawar. Imej dari SAYS

Bagi mereka yang pernah ada pengalaman dan pernah menyaksikan sendiri adat perkahwinan orang Johor ni, korang dianggap bertuah kerana saban hari makin kurang perkara-perkara sebegini dilakukan. Jika kita berpeluang untuk menjaga adat budaya seperti ini, haruslah kita menjaganya supaya tidak ditelan dek zaman kerana sesuatu adat itu merupakan identiti sesebuah bangsa.

Hargai adat budaya bangsa kita, kerana siapa lagi yang akan memartabatkannya selain diri kita sendiri. Sampaikan ada peribahasa yang mengatakan ‘Biar mati anak, jangan mati adat‘.


Sumber : soscili.my

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 8-3-2021 09:52 PM
Bini adik aku dh pesan takyah nk tol2 ...diorg ni islamik sikit...jadi legalah
Quote haifawehbe 8-3-2021 10:13 PM
1 ya iols suka pegi kenduri kawen dekat johor ni dpt telur pindang. payah nk jumpa telur ni skrg.
Quote babynina30 8-3-2021 10:22 PM
Annoying tol, rewang.

Mengada2 nya nak tol.
Kalau kawen dgn org negeri lain . Dh mmg tentu kena byr tol plus.

Eh ni tol rumah pulak lg
Quote CiliPadiSedap 8-3-2021 10:24 PM
haifawehbe replied at 8-3-2021 10:13 PM
1 ya iols suka pegi kenduri kawen dekat johor ni dpt telur pindang. payah nk jumpa telur ni skrg.

senang je buat telur pindang masa masak maggi rendam inai dengan telur ayam tu. lepas tu biarkan sejam dah boleh makan. jadilah maggi telur pindang
Quote Amandaminaj96 9-3-2021 02:16 AM
biasanya yg pure johorean je kot buat camni..
Quote salmon-suki 9-3-2021 02:23 AM
Adat y menyusahkan,ai xkan ikut..sorry yee..bab kawin kemain nak ikut adat,tp benda y agama suruh kemain susah nak buat
Quote ellejo 9-3-2021 03:51 AM
budaya basuh periuk lepas kenduri jd punca pertama keluarga aku dgn keluarga laki aku bertegang urat.

tapi salah keluarga aku la.
betul pun apa keluarga laki aku cakap. semua dorang bayar takkan basuh periuk pun anak laki dia kena buat?
dia nak anak dia jadi raja sehari. hantar berbelas ribu kena sental periuk pula.

tu lah nak sgt perempuan kampung ni.
berbekas di hati ayat tu.
Quote Tinot7 9-3-2021 07:39 AM
CiliPadiSedap: senang je buat telur pindang masa masak maggi rendam inai dengan telur ayam tu. lepas tu biarkan sejam dah boleh makan. jadilah maggi telur pindang



Bkn ke nak masak telur pindang ni kena rebus telur dgn 7 jenis daun? Pastu rebus utk 3 hari 3 malam...??? {:dot
Quote awanysss 9-3-2021 10:59 AM
alaa tol tu suka2 je.. bg seringgit je.. nak buat meriah..
bukan mintak rm10 sorang haha
Quote pxlbb 9-3-2021 01:17 PM
Zaman pkp ni bagus kawin ikut yg wajib 5 perkara je {:childlike
Quote LadyCarefree 9-3-2021 09:03 PM
Secara tradisi bukan nasi beriyani tapi nasi minyak. Dan telur dibagi ialah telur pindang. Tol tu semua dulu takat seringgit dua je. For fun mengusik pengantin lelaki. Xpernah la sampai serious ke apa. Sikit2 lawak then bagi sampul, lalulah
Quote LadyCarefree 9-3-2021 09:04 PM
ellejo: budaya basuh periuk lepas kenduri jd punca pertama keluarga aku dgn keluarga laki aku bertegang urat. tapi salah keluarga aku la. betul pun apa keluar ...



Basuh periuk bagai xpernah pulak.
Quote farhani87 10-3-2021 11:14 PM
Family aku masih buat lagi budaya tol ni. Seronok2 jer pun. Takat bagi seringgit dua jer pun. Bukan minta beribu. Rileks lahh.
Quote copy_paste 18-3-2021 10:34 AM
kalau sekadar suka setakat ringgit2 bleh la...
tapi kalau sampai ratus2 tu pengantin kaya boleh la...
yg biasa2 ni takat buat suka2 boleh la...
Quote Eva_yy_Ellin 18-3-2021 11:15 PM
Dah nama pun adat, orang dulu-dulu punya acara hiburan dan peraturan
Zaman ni kalau tak nak ikut, tak payah la ikut.
Kalau rasa menyusahkan, tak payah buat, buat yang wajib je.
Tol hanya suka-suka, bagi RM1 dah, bagi 50sen pun okey.  Anggap sedekah budak-budak. Yang mak andam minta banyak untuk buka kipas tu memang melampau la.

Yang rewang tu...sorry, negeri lain tak buat ke?
Korang masak macam mana sebelum wujudnya catering bagai ni?
Masak ramai-ramai juga kan? Rewang juga la kan?
Quote Nes3in1 19-3-2021 12:50 AM
Mula2 suka2, lepas tu jadi kebiasaan, lama2 jadi adat kewajipan. Bibit2 rasuah macam nak dpt tender kerajaan kena bayar tol pd bos, kerani, setiausaha, makcik cleaner, pakguard dsb.
Quote star_karat 13-5-2021 04:07 PM
Bukan ke rewang  tu yang asal nya jadi phrase makcik membawang
Quote isseliparjepun 14-5-2021 10:07 PM
My spouse punya kawan kawan excited bila tengok kitorang ada tol. Siap balas pantun nak masuk anjung. Lepas tu tol lagi dekat pintu. And last dekat pelamin. Saja suka suka letak seringgit aja pun. Sampai sekarang bila jumpa, benda tu la diorang ingat pun.

Just for fun aja. Basuh periuk pun pengantin buat. Tapi okay la sebab bukan kami kerjakan betul betul pun. Just tolong tolong aja.
Quote None68 16-5-2021 02:25 PM
X pernah basuh periuk ke

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.196559 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top