CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Farah Ann - Suntik vaksin baru boleh bertanding

9-3-2021 02:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3149| Komen: 4|Original author: piao

 



Kuala Lumpur: Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi tidak akan ke mana-mana selagi atlet itu tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19, tegas ketua jurulatih gimnastik artistik wanita negara Ng Shu Wai.

Walaupun menyedari hanya berbaki lima bulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo berlangsung, Shu Wai tetap mahu memastikan keselamatan kesihatan atletnya dijaga sebelum dibenarkan bertanding.

Beliau berkata pihaknya kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai tarikh suntikan untuk gimnas berusia 26 tahun itu.

"Saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk menghantar Farah Ann ke mana-mana pertandingan sehingga beliau mendapatkan suntikan vaksin," katanya.




Sementara itu, Shu Wai berkata biarpun tidak menyertai mana-mana pertandingan di peringkat global, Farah Ann sentiasa bersemangat tinggi dan tidak sabar untuk mempamerkan aksinya di temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini.

"Beliau kini sedang memberi fokus kepada program Road To Tokyo dan dalam fasa terakhir persiapan ke Olimpik Tokyo 2020," katanya.

Farah Ann mengesahkan tiket ke Olimpik Tokyo selepas mencatat keputusan memberangsangkan di Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman sekali gus menamatkan penantian selama 20 tahun untuk melihat gimnas wanita Malaysia beraksi di pentas Olimpik, selepas Au Li Yen pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney.

Kali terakhir gimnas negara beraksi di temasya Olimpik adalah menerusi gimnas lelaki Ng Shu Wai di Athens 2004.



Sumber : www.hmetro.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-3-2021 10:08 PM
Sape pelapis farah ni? 26 kira dah tua untuk gimnas.
Quote Pak.Maun 9-3-2021 02:17 AM
sukan lasak boleh hilang dara juga kan
Quote Tinot7 9-3-2021 07:32 AM
Bkn ke gimnas slalunya muda2?
Quote Normabaru 9-3-2021 07:45 AM
Ni lagi lentik dr si lizzard tu..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.028355 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top