Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi Instagram membuat teguran secara terbuka terhadap pelakon Sharifah Sakinah yang sering berpenampilan mencolok mata di media sosial. Dalam satu surat terbuka, Syed Mohd Bakri Al Yahya menasihatkan Sakinah supaya tidak memberi pengaruh negatif kepada warganet dengan aksi seksinya di media sosial kerana bimbang menjadi ikutan. Walaupun kehidupan ini bebas, tidak bermakna semua batasan boleh dilanggar, katanya. Tambahnya, dia perlu menegur aktres itu supaya kembali ke pangkal jalan kerana itu adalah cara sesama Islam menyelamatkan saudaranya daripada terus hanyut dalam ujian duniawi. Sementara itu, Sakinah menerusi IGnya menyambut baik teguran berkenaan. "Done tegur, saya minta maaf, doakan yang baik-baik," katanya yang turut memberi tanda pagar #sedarasedara. - CARI
|
dua_chzy replied at 9-3-2021 08:41 AM
Dengan geng sundri tak berkutik PUih juga setaz setazah kaki folo retis ni. Sebab tu rakyat menyampa ...
kakakgarang replied at 9-3-2021 09:09 AM
Rasanya bole je tegur by DM.. tak perlu nk mencapap kat secmed.. lol..
stok2 acah2 guuddd
pearl.silver replied at 9-3-2021 09:22 AM
Iols rasa mula2 tu ustaz dm sakinah. Tp kinah bolayan je.
Ustaz xpuas hati agaknya sbb dakwah dlm ...
ADVERTISEMENT