Muak dengan gosip cinta, Ariff Bahran menegaskan dirinya enggan dikaitkan dengan mana-mana wanita lagi. Kata penyanyi itu, dia tidak mahu peminat lebih tertarik dengan gosip cinta berbanding untuk mengetahui tentang kejaya seninya.
"Benda ini dah boring sangat, asal cerita kat saya je nak cinta sebab mereka tak tanya tentang kerja, benda yang kita buat selamanya, compose dan tulis lirik semua benda itu dibelakangkan. "Last-last orang tidak berminat nak tahu tentang kerja tapi akan berminat kepada benda yang tak ada apa jadi pun sebenarnya. "Sebagai artis apa yang kami ingin tekankan, tentang projek, lagu benda itu sering dibelakangkan," ujarnya kepada mStar. Menurut media, Ariff sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti termasuk Sarah Suhairi dan Sissy Iman. Itulah peminat, asal melihat artis mereka rapat sikit je dengan seseorang, mulalah dikatakan bercinta. - CARI
|
ADVERTISEMENT