|
Aktres Marisa Yasmin mengharumkan nama negara apabila diangkat Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu (Drama Bersiri) menerusi Pesta Perdana Ke-16 yang berlangsung di Teater Mediacorp, Singapura pada Jumaat lalu.
Marisa, 44, menggondol trofi berkenaan menerusi drama Poskad Dari Alhambra. Dia juga satu-satunya pelakon tempatan membintangi drama berkenaan. Biarpun tidak dapat terbang ke Singapura mengambil trofi kemenangannya, Marisa berkata, dia tetap bersyukur, malah tidak menyangka boleh menewaskan empat pelakon lain termasuk Susan Lankester yang turut dicalonkan dalam kategori sama. Katanya, dia terus melakukan sujud syukur sebaik mengetahui kemenangan pertama yang disifatkan kenangan paling manis sepanjang kerjayanya sebagai pelakon.
"Alhamdulillah, akhirnya saya menerima pengiktirafan selepas 21 tahun bergelar pelakon. Sejujurnya, saya tidak meletakkan harapan tinggi apabila menembusi pencalonan Top 5. Saya cukup berbesar hati apabila nama disebut pada acara berkenaan. "Sebelum ini, nama saya pernah dicalonkan untuk Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa, namun belum pernah bernasib baik. Saya akui, bakat saya tidak sehebat pelakon lain, jadi saya tidak meletakkan sebarang harapan apabila dicalonkan menerusi Pesta Perdana. "Saya hanya mengetahui kemenangan selepas pengumuman dibuat pengacara, Najib Ali. Saya terkejut apabila mendengar nama disebut, malah langsung tidak menyangka boleh menang, lebih lagi, melihatkan nama Susan turut dalam senarai," katanya kepada BH Online.
|

NonaNaga replied at 9-3-2021 08:40 AM
dia ni masa muda2 pun dah bawak watak mak mak.....
style dia meleweh sket...ckp seketul2
zaraaqilah replied at 9-3-2021 09:03 AM
tahniah seniorrrr
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.264537 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.