Selepas berkongsi wajah putera sulung iaitu Isaac Raees, pelakon Zahirah MacWilson menerima banyak pertanyaan mengenai pemilihan dan cara sebutan nama anaknya yang betul. Zahirah menerusi Instastory berkata, gabungan Isaac dan Raees merupakan antara lima nama dalam senarai yang disimpan dalam telefon, malah ibu serta suaminya iaitu Aiman Hakim Ridza turut menyukai pemilihan itu.
Menurut pelakon berusia 26 tahun ini, pemilihan nama itu juga disebabkan keunikan ejaan dan dia juga mahukan sesuatu dengan makna islamik yang jarang digunakan. "Saya sentiasa sukakan nama Isaac. Nama itu termasuk dalam senarai lima nama yang saya simpan dalam telefon. Ibu saya pun suka dan apabila saya cadangkan kepada Aiman, dia pun sukakannya. "Jadi, sejak kandungan saya sudah mencecah empat, lima bulan... kami sudah mula memanggil bayi kami dengan nama Isaac. Raees juga merupakan nama dalam senarai saya.
"Saya suka ejaan yang unik. Saya mahu sesuatu dengan makna islamik tapi pada masa yang sama rare (jarang orang guna). Isaac Raees sempurna untuk kami. Perfect for lil dimples," jelas Zahirah. Dalam pada itu, pelakon filem Bulan & Pria Terhebat ini juga mengajar cara sebutan Isaac bukanlah dengan menyebut nama Aizat namun ia gabungan 'eye' dan 'Zac' yang berbunyi seperti actor Hollywood, Zac Efron. Manakala untuk Raees pula, anak kepada pelakon Zainol MacWilson ini memberitahu nama tersebut juga boleh ditulis dengan ejaan berbeza seperti Rais. "Aiyo! Ia (sebutan) tidak la terlalu sukar. Tiada huruf T.. jadi bukan 'Aizat'. Isaac: 'Eye-Zac'. Macam Zac Efron. Mungkin sebab lidah Melayu jadi 'Zeck'. "Rais itu betul... cuma ejaan Raees yang berbeza," kata Zahirah. Sumber: mStar
|
zera replied at 8-3-2021 11:34 PM
Over la netizen yg tanya tu...Isaac tu common jgk kot..entah apa2
ADVERTISEMENT