Nicolas Cage akhirnya menamatkan zaman solo dengan mengahwini seorang wanita berasal dari Jepun bernama Shibata Riko pada 16 Februari 2021. Seperti dilaporkan People, aktor kacak ini berkahwin dengan Riko di Las Vegas, Amerika Syarikat. Menerusi gambar perkahwinan yang tular, Cage, 57, yang berbeza usia 31 tahun dengan Riko mengenakan sut hitam manakala Riko kelihatan anggun menyarung kimono pengantin Jepun. “Ya, itu benar. kami sangat gembira sekarang,” kata Cage yang mengesahkan perkahwinannya itu.
Cage dan Riko dilaporkan bertunang pada Ogos 2020. “Saya tidak bertemu dengannya dalam enam bulan, kami sangat gembira bersama dan sangat teruja untuk meluangkan masa bersama hinggalah saya berkata ‘Lihat, saya ingin menikah dengan anda dan kami bertunang melalui Facetime,” katanya. Perkahwinan dengan Riko adalah perkahwinan kelima untuk Cage. Sebelumnya, dia berkahwin dengan Erika Koike pada tahun 2019. Sebelum berpisah dengan Erika, Cage telah berkahwin selama 10 tahun dengan Alice Kim. Dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang putera bernama Kal-El Coppola. Cage juga berkahwin dengan Lisa Marie Presly selama 100 hari pada 2002. Setahun sebelumnya, dia memutuskan pertunangannya selama enam tahun dengan Patricia Arquetta. Sumber: Murai |
ADVERTISEMENT