Tak sampai sebulan, ada pula cerita kurang enak tentang Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah. "Perkahwinan mereka tidak mendapat restu si ibu. Itu saja yang saya boleh beritahu. Selebihnya, tanyalah tuan badan," kata sumber seperti yang dipetik melalui mStar Online.
Tambah menguatkan spekulasi, terdapat luahan kata-kata puitis ibu aktres berkenaan, Noor Ashikin Ahmad di Instagram. Bukan itu sahaja terdapat tanda pagar #IbuTidakRestu pada pengakhiran bait-bait kata ditulisnya. Ia seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangga mereka didirikan tanpa pengetahuan si ibu.
Menerusi perkongsian tersebut, Ashikin menceritakan situasi kehidupan ranjau dan duti yang ditempuh bersama anaknya dari kecil sehingga kini.
|
makneng replied at 9-3-2021 11:29 AM
Nyampah dengan spesis mak pak yg sikit2 tak restu anak nak kawen dgn pilihan hati.. Fefeling entitle ...
ADVERTISEMENT