Berita baik bagi yang membesar diera 80an dan 90an apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan program hiburan di tahun tersebut di saluran terbaharu yang dikenali sebagai TV6. Oleh itu, RTM sedang melakukan siaran percubaan bermula 1 Mac baru-baru ini sebelum tarikh siaran bermula 1 April nanti. Jadi, ramai netizen meminta rancangan kegemaran mereka untuk disiarkan di TV6 nanti. Ada juga yang meminta rancangan kanak-kanak seperti Siti Di Alam Fantasi, animasi Sang Wira, kartun tomatoman dan cybercop. Manakala rancangan nyanyian seperti Hiburan Minggu Ini dan Mekar Sejambak turut dipohon oleh mereka yang pernah mempunyai kenangan bersama. Tidak hanya itu, drama-drama lama tempatan seperti PJ Holdings, Opah, Santan Berlada dan slot spektra turut mendapat permintaan yang tinggi. Lebih-lebih lagi bagi drama bersiri Inggeris seperti Manimal, Bionic Woman, I dream of Jennie, Cave Of The Golden Roses dan sebagainya. Ramai yang teruja dan memohon agar ianya turut disiarkan di platform lain memandangkan tidak mempunyai televisyen. Jadi, apa rancangan yang anda nak tonton di TV6, bagitahu kami. - CARI |
asudau: kalau cerita zaman awal 80 an, cerita setinggan ke, sikit punya gila ke..toyol ke best jugak kan
asudau replied at 10-3-2021 08:49 AM
kalau cerita zaman awal 80 an, cerita setinggan ke, sikit punya gila ke..toyol ke best jugak kan
umbut replied at 10-3-2021 08:56 AM
Aku nak tgk drama rtm tahun 80an... nasi tumpah... yg citer pasal lintah.. drama adam hawa lakonan k ...
JalaEmas replied at 10-3-2021 09:01 AM
uish tu aziz singah dgn toksop ke.. wahh.. hensem jgk ye toksop
bolamata replied at 10-3-2021 09:04 AM
cerita pasal lintah sampai sekarang masih ingat... yang perempuan tu mengandungkan lintah rupanya. ...
mily replied at 10-3-2021 08:54 AM
Cite drama jepun...
Maero attack,
Kiyoshi bin bin
ADVERTISEMENT