CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjual Kuih Pakai Banyak Barang Kemas Dibunuh, Mayat Sorok Bawah Katil

10-3-2021 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14436| Komen: 105

SUBANG JAYA: Seorang wanita tergamak membunuh jirannya sebelum mayatnya disorok di bawah katil dalam kediamannya di tingkat dua sebuah blok pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, USJ 1 di sini.


Perkara itu terbongkar, petang semalam sebaik polis menjalankan siasatan berhubung kes seorang peniaga kuih warga Indonesia yang dilaporkan hilang oleh suaminya sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya,Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, berkata suami mangsa, warga tempatan berusia 47 tahun pada mulanya pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam dan mendapati pintu hadapan tidak berkunci.

Gambar Hiasan

"Dia mendapati isterinya yang berusia 54 tahun tiada namun barangan peribadi termasuk telefon bimbitnya masih ada di dalam rumah.

"Selepas gagal mencari isterinya, lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis UJS 8 pada jam 12.01 tengah malam (semalam)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, malam tadi.

Abd Khalid berkata, kali terakhir lelaki itu bertemu dan berhubung dengan isterinya kira-kira jam 1.20 petang dan jam 3.45 petang, kelmarin.

"Semasa diambil keterangan, suami mangsa mengesyaki kehilangan isterinya ada kaitan dengan jiran mereka yang rumahnya terletak hanya kira-kira 10 meter.

"Ini kerana dia ada mendengar cerita mengatakan jirannya (suspek) menggadaikan barang kemas tidak lama selepas isterinya hilang dan mengetahui wanita berkenaan ada masalah kewangan serta hutang," katanya.

Susulan itu, katanya, wanita berusia 39 itu dipanggil ke Balai Polis USJ 8 pada jam 3 petang, semalam untuk disoal siasat dan selepas hampir tiga jam, dia akhirnya mengaku membunuh mangsa di kediamannya.

"Kira-kira jam 8 malam tadi, suspek dibawa ke rumahnya oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) dan menunjukkan mayat mangsa yang diselubung dengan selimut disorok di bawah katil.

"Suspek dikatakan menelefon mangsa memintanya datang ke rumah dengan alasan tangannya cedera dan membantu menjaga dua anaknya yang berusia setahun dan tiga bulan, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

"Suspek mendakwa dia menghentak belakang badan mangsa dengan tangan sehingga terjatuh sebelum menghentak kepala mangsa ke lantai," katanya yang turut memaklumkan suspek bekerja sebagai pembuat kuih di gerai mangsa.

Menurutnya, motif pembunuhan ini dipercayai berpunca masalah kewangan dihadapi suspek dan terdesak membayar hutang berjumlah kira-kira RM5,000.

"Mangsa memakai banyak barang kemas dan mungkin ia mendorong suspek membunuh mangsa bagi mendapatkan barang kemas terbabit dan menggadainya untuk melangsaikan hutang.

"Buat masa ini, kita masih mengesan barang kemas terdiri daripada rantai leher dan gelang yang dikatakan sudah digadai suspek dan tidak dapat pastikan jumlahnya," katanya.

Abd Khalid berkata, ketika kejadian suami suspek, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan bekerja sebagai kru produksi tiada di rumah namun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam pagi ini, untuk permohonan reman. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 10-3-2021 08:50 AM
utk 5ribu??


bangkai punya betine
Quote manehnya 10-3-2021 09:01 AM
Sian anak saspek, kecik lg
Hermm bahaya betol, jiran n pekerja sendiri...

Suami mangsa mmg ada instinct kuat sampai buat report..
Quote dudaberhias 10-3-2021 09:04 AM
babi punya makhlukkkk.... ingatkan hutang banyak mana rupanya 5k je untuk nyawa manusia...

gila betul... mesti jiran tu pun warga indonesia kan?

sian makcik tu meniaga kuih elok2 cari rezeki...
Quote dudaberhias 10-3-2021 09:05 AM
Abd Khalid berkata, ketika kejadian suami suspek, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan bekerja sebagai kru produksi tiada di rumah namun turut ditahan bagi membantu siasatan.

suspek dia tak sebut sebagai seorang wanita tempatan membuatkan iols rasa warganegara seberang jua... malu la wehhh kalau orang tempatan
Quote bulalof 10-3-2021 09:08 AM
kerajaan melalui agensi2 yg berkaitan perlu menjalankan tanggunjwb. Turun padang. Lihat bagaimana keadaan ekonomi rakyat. Soal keselamatan rakyat.
Quote renko 10-3-2021 09:15 AM
dudaberhias replied at 10-3-2021 09:05 AM
Abd Khalid berkata, ketika kejadian suami suspek, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan beker ...

tadi ada terbaca kat fb kot
indon bunuh indon
Quote syidasaleh 10-3-2021 09:18 AM
Igt sorok bwh katil tu takde bau. Sanggup ke bau mayat yg busuk tu. Aje gile laaa
Quote hmylieenz 10-3-2021 09:19 AM
ya Allah makin seram skrg ni
Quote Boomibulat 10-3-2021 09:19 AM
dudaberhias replied at 10-3-2021 09:05 AM
Abd Khalid berkata, ketika kejadian suami suspek, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan beker ...

Kat metro ckp warga Indon jugak suspek tu..
Quote dudaberhias 10-3-2021 09:24 AM
Boomibulat replied at 10-3-2021 09:19 AM
Kat metro ckp warga Indon jugak suspek tu..

patut la berani semacam dia bunuh orang tu...
Quote me12345 10-3-2021 09:28 AM
Kdg2 masalah sosial..bunuh..samun ..jenaysh sosial dtg drpd keturunan pendtg haram..culture yg kebiasaan kt negara sendiri di bawa masuk org luar..
Quote MissyMolly 10-3-2021 09:29 AM
Tu la laen kali kawen jusa c kak oiii.. setakat stress berat ne maki dgn no 1 jer.. mai negara org buat onar sibaek ko bunuh org ko gak.. pdn le andartu ramai.. pakat kawen yindon mehhh
Quote dua_chzy 10-3-2021 09:33 AM
Manusia memang menakutkan. Semoga kita semua dijauhkan dari mati sebegini.
Quote syamzana 10-3-2021 10:45 AM
tiap2 hari news pasal mati kene bunuh.setakat ni semua perempuan. pupus gitu la ummah wanita pasni
Quote notM 10-3-2021 10:58 AM
Boomibulat replied at 10-3-2021 09:19 AM
Kat metro ckp warga Indon jugak suspek tu..

Warga Trisna bunuh warga Friska
Quote Friska 10-3-2021 11:22 AM
Sedih banget baca berita ini
Quote Ethernet 10-3-2021 11:27 AM
tergamaknya. kesimpulannya. jgn nak pakai byk sgt barang kemas. kita tk tahu apa pandangan org, apa yg ada dalam hati dia. terjumpa pulak dgn manusia hati kering. hmmm
Quote epuepy 10-3-2021 11:31 AM
Oh mai. Punye terdesak sampai sanggup bunuh jiran sendiri. Lama2 nnti mayat busuk mana nk sorok dh. Sah2 1 level bole bau.
Quote kucingitam 10-3-2021 12:29 PM
berani eh dia nak balik rumah ada mayat bawah katil. gila!

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058628 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top