Mewarisi bakat bapanya yang juga 'Raja Dangdut', Iwan, kini Oktovia Manrose bergelar penyanyi. Namun, Oktovia hanya berani mencabar diri membuktikan bakat dalam bidang nyanyian selepas lapan tahun bergelumang sebagai anak seni.
Oktovia berkolaborasi dengan kumpulan Bimasakti menerusi projek single Biar Aku Simpan terbitan syarikat rakaman, Life Records. Single yang dilancar sejak 5 Mac lalu dianggap sebagai pengenalan buatnya. Bagaimanapun, sebelum ini, kakak Aprena Manrose itu sudah beberapa kali merakamkan lagu runut bunyi untuk drama tempatan. "Ikutkan, saya memendam minat menyanyi sejak sekian lama. Saya sedar ada bakat, tetapi perlu diasah. Sebelum ini, saya pernah diberikan peluang menyanyi, cuma saya tidak mahu terburu-buru.
"Saya rasa belum cukup bersedia. Saya tak mahu menyanyi seperti melepaskan batuk di tangga. Biarlah ada ilmu atau pengalaman, baru saya berani keluar daripada zon selesa. "Saya banyak timba pengalaman dan belajar teknik lontaran suara menerusi projek kolaborasi dengan Bimasakti ini," katanya kepada BH Online.
|
sunshinelady replied at 10-3-2021 02:20 PM
apsal nama diorang pelik-pelik eh? ke nama pentas je?
Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman
minah_selekeh replied at 10-3-2021 03:22 PM
Yang aku tau, si Aprena tu nyanyi sedap la jugak.. Boleh laaa.. Tak tau pulak Oktovia pun boleh nyan ...
sunshinelady replied at 10-3-2021 02:20 PM
apsal nama diorang pelik-pelik eh? ke nama pentas je?
sunshinelady replied at 10-3-2021 02:20 PM
apsal nama diorang pelik-pelik eh? ke nama pentas je?
rayna_raynes replied at 10-3-2021 03:38 PM
pernah terbaca kat mana ntah, nama diorang based on bulan lahir. Aprena lahir april, oktovia lahir ...
cikkuntum replied at 10-3-2021 04:03 PM
awat la nadiya 2 rupe itu...muka dh elok2 cantik sebelum nie..
sunshinelady replied at 10-3-2021 02:20 PM
apsal nama diorang pelik-pelik eh? ke nama pentas je?
ADVERTISEMENT