Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan kekal hingga ke jenjang pelamin. Namun, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Tuhan. Boleh jadi sudah tertulis takdir kekasih anda itu adalah jodoh rakan atau adik beradik sendiri.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Shieyma Emma yang berkongsikan detik indah apabila sah bergelar seorang isteri. Namun apa yang menjadi perhatian adalah suaminya merupakan bekas kekasih kakaknya. Namun Emma berkata itu adalah kisah lama mereka dan kakaknya sudah ada pilihan hatinya sendiri.
Meskipun berkahwin dengan bekas kekasih kakaknya, namun Emma menghargai pengorbanan kakaknya yang membantu dalam persiapan perkahwinannya dan tidak sekali melupakan jasanya. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut mendengar kisah tersebut. Malah, ada yang mengatakan jika terjadi pada mereka pun tidak akan sesekali bersama ataupun berkahwin dengan bekas kekasih adik-beradik. Dalam masa sama, ramai yang berkongsikan turut berdepan pengalaman sama serta mendoakan rumah tangga yang dibina berkekalan. -CARI Sumber: Gulapop
|
Radzor replied at 10-3-2021 12:46 PM
rugi la laki dia. kakak lagi cantek
exclusive_vvip replied at 10-3-2021 01:02 PM
takut bukan laki tu yg rugi, kot kakaknya yg tinggalkan ex bf tu....lagi haruuuuuu..takut laki tu ...
jazaa100: berani nya......nampak kakak lebih cantik pulak tu.....
ADVERTISEMENT