Aktres Priyanka Chopra dikhabarkan telah membuka sebuah restoran makanan India yang terletak di kota New York, Amerika Syarikat. Restoran yang diberi nama Sona tersebut beroperasi dengan garapan idea dan konsep hiasan dalaman daripada isteri penyanyi Nick Jonas itu sendiri termasuk menu dan muzik.
Bjarpun sibuk dengan karier sebagai anak seni, Priyanka sempat membuka restoran tersebut yang selama ini menjadi antara impiannya. “Sona merupakan impian yang telah lama saya idamkan. Saya akan berkongsi cita rasa masyarakat India di New York dan ini sesuatu yang amat membanggakan. “Masakan India sememangnya sangat menyelerakan dan akan dimasak oleh cef terkenal, Harinayak yang diterbangkan khas dari India,” ujarnya.
Dalam pada itu, Priyanka juga berharap restoran tersebut dapat memberi kepuasan terutamanya kepada masyarakat India yang menetap di kota tersebut. -CARI Sumber: Kosmo Online |
ADVERTISEMENT