CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Mengaku Fitnah Guru Sampai Dipenggal

10-3-2021 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4951| Komen: 27

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mengaku dia berbohong tentang gurunya yang dipenggal kerana didakwa menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW hingga mencetuskan gelombang protes anti-Islamofobia di Perancis dan merebak ke beberapa negara.




Sebelum ini, remaja tersebut mendakwa guru terbabit, Samuel Paty mengarahkan pelajar Muslim supaya meninggalkan kelas ketika sesi pembelajaran subjek sivik yang menyentuh isu kebebasan suara.

Bapanya turut didakwa berkongsi beberapa video provokasi di Facebook gara-gara terlampau percaya bulat-bulat dengan dakwaan anaknya.

"Hasil siasatan mendapati remaja itu telah menipu sejak dari awal dan dia dipercayai mereka cerita hanya kerana mahu menarik perhatian bapanya.

"Peristiwa itu tidak pernah berlaku dan ia berakhir dengan tragis," lapor radio RTL memetik kenyataan Virginie Le Roy yang merupakan peguam keluarga Paty pada Selasa.


Dakwaan tidak benar dilemparkan remaja itu dan tersebar secara meluas di media sosial telah menyebabkan guru sekolah menengah di bandar Conflans-Sainte-Honorine berhampiran Paris itu dipenggal pada Oktober 2020.

Pembunuhnya bagaimanapun ditembak mati oleh polis.

Difahamkan, pelajar terbabit telah berdepan dakwaan memfitnah manakala dua individu lain termasuk bapanya berdepan tuduhan bersubahat dalam pembunuhan tersebut dan kini dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan.

Baru-baru ini, draf undang-undang keselamatan baharu telah dibahaskan di Parlimen yang akan menetapkan sebagai satu kesalahan jika menerbitkan maklumat secara dalam talian tentang penjawat awam yang mungkin boleh mengancam nyawa mereka. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 10-3-2021 01:47 AM
Perancis ni baik sangat la pada penganut2 Agama ni.

Kalau PAS memerintah lama2 nanti jadi camni la....keluar semua extremist dari Pantai Timur Semenanjung.
Quote notM 10-3-2021 01:50 AM
Umur 18 tahun dah Pandai paksa orang percaya apa yang kau percaya...paksa orang terima pendapat kau.

Fikir Agama kepercayaan kau paling sempurna dan betul.

Kalau Agama kau betul xda kau merempat datang ke negara non Muslim
Quote FOTHER-MUCKER 10-3-2021 02:01 AM
notM replied at 9-3-2021 09:50 AM
Umur 18 tahun dah Pandai paksa orang percaya apa yang kau percaya...paksa orang terima pendapat kau. ...

Sehingga sanggup mengadai nyawa seberangi lautan untuk ke eropah. Apabila hidup dah senang sikit mulalah nak musnahkan negara baru supaya menjadi negara asal mereka. Apa punya mentalitylah manusia seperti tu.
Quote Dwdrum 10-3-2021 02:52 AM
Sebab seorang budak tiada discipline habis busuk muslim di france dan hilang nyawa.. Geez...
Quote Redmyvi 10-3-2021 07:43 AM
kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. sbb org mcm ni la org pandang islam ni pengganas..
Quote darkness 10-3-2021 07:58 AM
Teruk betul. Extrimist ni lama2 jadi pengganas. Dimalaysia sesama islam dajjal mendajjl
Quote Kurex 10-3-2021 01:04 PM
NotM aka Boogis dumb
Quote dua_chzy 10-3-2021 01:56 PM
Yeap. Bebudak memang tak suci.
Quote TOPwind 10-3-2021 02:46 PM
notM replied at 10-3-2021 01:50 AM
Umur 18 tahun dah Pandai paksa orang percaya apa yang kau percaya...paksa orang terima pendapat kau. ...

mcm yg dari India dan China kan
Quote lipans 10-3-2021 02:47 PM
ini semua aluminium...
Quote notM 10-3-2021 02:58 PM
TOPwind replied at 10-3-2021 02:46 PM
mcm yg dari India dan China kan

Extremist ni Paling bahaya dari kalangan penganut.... Egoistic.

Boleh jadi Buddha, Hindu ,Islam.

Benda ni sejenis penyakit mental...bila ko taksub sesuatu ko akan paksa orang percaya apa kau percaya .

Contoh paksa orang percaya Raja Sriwijaya itu Melayu....Padahal dah nama pun Sriwijaya Kan . Celah Mana Melayu ...so paksa jugak orang percaya Sriwijaya tu Melayu
Quote notM 10-3-2021 03:00 PM
Edited by notM at 10-3-2021 03:02 PM
FOTHER-MUCKER replied at 10-3-2021 02:01 AM
Sehingga sanggup mengadai nyawa seberangi lautan untuk ke eropah. Apabila hidup dah senang sikit m ...


Sepatutnya larang semua Agama asing dibawa masuk ke Perancis .

Agama telaga padang Pasir, Agama Sungai Ganges, Agama muncul bawah pokok semua kena diharamkan....benarkan Agama Perancis sahaj di Perancis
Quote notM 10-3-2021 03:04 PM
Kurex replied at 10-3-2021 01:04 PM
NotM aka Boogis dumb

Tak kesah lah Portugis, Perancis, Inggeris, Bugis....yang penting bukan Extremist
Quote annehuda 10-3-2021 03:33 PM
ntahla aku rasa perancis ni mcm hipokrit gak. perancis dok haramkan pemakaian yang menunjukkan agama, cam purdah, turban, nandek yang india selalu pakai tu.  ko dah oppress penganut2 agama ni tapi dlm pada yg sama ko duk cakap-cakap pasal agama diorg. ntah hape hape
Quote TOPwind 10-3-2021 10:13 PM
notM replied at 10-3-2021 03:00 PM
Sepatutnya larang semua Agama asing dibawa masuk ke Perancis .

Agama telaga padang Pasir, Aga ...

kat Msia pun sama Islam je
kicap kuali dan tongkang hanyutnya tak boleh
Quote Raerdzn 10-3-2021 10:44 PM
notM replied at 10-3-2021 02:58 PM
Extremist ni Paling bahaya dari kalangan penganut.... Egoistic.

Boleh jadi Buddha, Hindu ,Islam ...

So kau nak cakap yang historian semua salah la pasal sriwijaya tu? brittanica pun cakap sriwijaya was a malay kingdom. Ingat sembang kedai kopi ke nak buat kajian sejarah? Senang cerita di bali,agama hindu tapi  berapa kerat india kau boleh jumpa?
Quote sfrnna 10-3-2021 10:53 PM
kalau x baca title dua kali i ingat budak tu yang dipenggal.
Quote notM 10-3-2021 11:22 PM
Raerdzn replied at 10-3-2021 10:44 PM
So kau nak cakap yang historian semua salah la pasal sriwijaya tu? brittanica pun cakap sriwijaya  ...

Check genetic diorg.....

Even Malay kat Riau pun ada DNA India
Quote notM 10-3-2021 11:23 PM
TOPwind replied at 10-3-2021 10:13 PM
kat Msia pun sama Islam je
kicap kuali dan tongkang hanyutnya tak boleh


Tak nak Aku extremist keluar dari gua2 Kat Pantai Timur tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.416394 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top