Gara-gara duit syiling, penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di Damansara kerugian RM5,250 selepas ditipu warga asing. Menurut Bernama, suspek kononnya sanggup membayar harga tinggi untuk membeli syiling lama miliknya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa ditawarkan RM80,000 untuk lapan keping wang syiling lama. Katanya, suspek yang menghubungi mangsa berusia 18 tahun menerusi laman sosial melakukan urusan jual beli menggunakan nombor telefon antarabangsa. “Suspek mendakwa membuat pembayaran ke dalam akaun mangsa selepas melihat gambar syiling lama itu tetapi wang tersebut disekat untuk pengeluaran. "Mangsa kemudiannya diarahkan untuk memasukkan wang caj transaksi ke dalam akaun dimiliki seorang lelaki tempatan yang dipercayai keldai akaun dan telah melakukan tujuh transaksi ke dalam akaun sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mangsa menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas suspek tidak pernah mengarahkannya untuk menghantar syiling lama tersebut walaupun pembayaran 'telah dibuat' sebelum melaporkan kejadian kepada polis pada 1 Mac lalu. - CARI
|
Buritan replied at 9-3-2021 06:20 PM
Aku ade byk syiling lama.. zsman penjajah... aku juai sekeping rm10 jahhh itupung tatak laku.. koh k ...
piao replied at 9-3-2021 07:50 PM
mmg x laku sbb duit ciptaan manusia
Belibis replied at 9-3-2021 08:34 PM
Orang niaga,ko pun nak niaga.orang lain niaga dapat duit,ko niaga abis duit.baik ko stop jer la bela ...
malaygirl replied at 10-3-2021 12:36 PM
Kesian. Baru 18 tahun.
najib888 replied at 10-3-2021 08:25 PM
Betui ka ni sindiket antarabangsa? Jangan2 scammer local je.. aku ada sorang kenalan, kaki scam kat ...
ADVERTISEMENT