Bekas pemain bola tampar wanita skuad kebangsaan Indonesia, Aprilia Manganang akhirnya disahkan lelaki. Ia hasil pemeriksaan perubatan dijalankan pada 3 Februari lalu.
Portal Kompas melaporkan Aprilia mendedahkan perkara itu menerusi sidang media secara maya yang diadakan dari Hospital Tentera Gatot Subrato di sini. Menerusi sidang media itu, Aprilia kelihatan sihat dan sesekali tersenyum di hadapan kamera. Turut sama dalam sidang media itu adalah Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (KSAD) Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Andika Perkasa. Aprilia mengakui bersyukur kerana dibantu menjalani proses perubahan alat kelamin.
"Ini saat yang saya tunggu dan sudah 28 tahun menanti detik itu tiba. "Saya bersyukur kerana tahun ini impian itu tercapai dan berterima kasih kepada semua doktor yang sudah membantu saya," katanya. Sementara itu, Andika berkata, Aprilia mengalami hipospadia atau kelainan organ reproduksi. Berikutan peralatan perubatan yang terhad ketika itu, Aprilia dikenal pasti memiliki alat kelamin perempuan dengan bersandarkan kepada ciri fizikal. Aprilia juga tidak menjalani pemeriksaan lanjut kerana masalah kewangan keluarga hingga akhirnya tercatat jantina perempuan pada sijil kelahirannya serta kad pengenalannya. Selepas bersara daripada sukan bola tampar, Aprilia menyertai TNI. Namun, Andika dan kakitangan TNI mendapati ada yang tidak kena pada fizikal Aprilia sebelum memintanya menjalani pemeriksaan. Ia seterusnya membolehkan individu itu menjalani pembedahan pembetulan jantina. TNI turut membantu menyediakan dokumen bagi perubahan identiti termasuk nama dan jenis kelamin serta berharap Pengadilan Negeri Tondano meluluskan permohonan itu. Sepanjang bergelar atlet, Aprilia pernah menyumbang banyak pingat emas buat kelab dan pasukan kebangsaan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Decaffeinated replied at 11-3-2021 11:51 AM
Kenapa acik forum double standard, sebab bergetar ovari ka?
epuepy replied at 11-3-2021 10:34 AM
Yg ni xpe la. Siap ada doktor sahkan.
Kalo bam jat, beriya bgytau 1 dunia dia pempuan, gigih tunjuk ...
dua_chzy replied at 11-3-2021 10:07 AM
Kacak heols semasa muda. Akak taste muka Borneo sebegini.
ashilalat replied at 11-3-2021 12:18 PM
Double standard berbanding kes apa? Sajat ke?
Jauh punggung dari punai kalo compare kes ni dgn ...
ADVERTISEMENT