Anak sulung pelakon Norish Karman iaitu Muhammad Haqiem Amany, 22, menafikan pelakon itu sedang nazak seperti hantaran yang dikongsikan di Facebook Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), hari ini.
Amany ketika dihubungi berkata, ibunya berada dalam keadaan baik. "Semuanya okay saja. Ibu saya juga okay. Dia hanya membuat pemeriksaan biasa. Apa yang ditularkan itu tidak benar. Kami berharap hentikan segala spekulasi negatif membabitkan ibu saya. Doa anda semua amat kami hargai," katanya kepada Harian Metro. Amany juga meminta orang ramai supaya tidak mensensasikan perkara itu. "Tolong jangan sensasikan berita ini. Ibu saya akan sedih nanti," katanya.
Terdahulu, Facebook Persatuan Seniman Malaysia berkongsi keadaan Norish yang dikatakan sedang nazak dan dirawat di Pusat Perubatan Prince Court, di sini. Menerusi hantaran sama, Seniman memohon doa orang ramai supaya dipermudahkan urusan dan Norish diberikan kesihatan baik. -CARI Sumber: Harian Metro
|
tumpanglalu74 replied at 11-3-2021 10:36 AM
Entah berape kali la dia ni caras laki orang.. Sampai KRU pon buad lagu Awas tu pasai dia.. "Dia be ...

hotmak replied at 11-3-2021 11:06 AM
besarnya anak dia, anak yg dia nikah 1st dulu tu ke
Miss_LoveLeen replied at 11-3-2021 10:38 AM
Dirawat di prince court? Meolss folo ig hakak ni. Selalu tgk post dia mcm luah perasaan psal kesukar ...
tumpanglalu74 replied at 11-3-2021 10:36 AM
Entah berape kali la dia ni caras laki orang.. Sampai KRU pon buad lagu Awas tu pasai dia.. "Dia be ...
sharlenetexas replied at 11-3-2021 11:11 AM
Dulu masa gosip anak bongsu, tiara j post kt ig/fb bump into norish at the hospital.
ADVERTISEMENT