Persembahan pelakon, Amyza Aznan, 45, bersama anaknya, Adrian Adam, 13, menerusi lagu Ku Bersuara pada program Famili Duo, Ahad lalu 'trending' di kedudukan keempat di YouTube.
Malah, video persembahan itu turut mendapat perhatian beberapa sensasi YouTube dalam dan luar negara yang membuat video reaksi. Pada episod keempat untuk kategori ibu bapa dan anak itu, Amyza dan Adrian berjaya menjadi pemenang mingguan dan memenangi RM10,000. Amyza berkata, dia menganggap kejayaan dan pujian diberikan terhadap anaknya yang mampu menggunakan teknik vokal 'whistling' dengan baik sebagai rezeki. "Sejujurnya saya dengan rendah hati malu untuk muat naik, tetapi apabila saya fikir semula, apa salahnya meraikan Ian (Adrian). Saya hargai pengorbanan dia. Atas sokongan dan doa semua, video Ian 'trending'. "Apa ujian yang kami sekeluarga lalui sebelum ini dan dengan apa yang Allah berikan pada saat ini atas setiap kesabaran dan reda membuatkan saya sangat bersyukur. Ya, saya menangis untuk Ian dan anak lain. Ingat, ikut resmi padi dan ingat tak hidup dek puji dan tak mati dek keji," katanya.
Amyza turut berkongsi khabar gembira apabila anaknya mendapat tawaran merakamkan lagu daripada beberapa pihak.
|
dua_chzy replied at 11-3-2021 10:21 AM
Hadek2 ka anak sheol?
Orix replied at 11-3-2021 10:22 AM
perlu ke minta lampu suluh sedangkan cahaya mentari memancar2 gituhhh
supermum replied at 11-3-2021 11:00 AM
Muka anak dia memang kopipes bapaknya. Dah sihat ke suami Amyza ni? Sedap suara anaknya. Bukan suara ...
Orix replied at 11-3-2021 10:22 AM
perlu ke minta lampu suluh sedangkan cahaya mentari memancar2 gituhhh
bluecrystal replied at 11-3-2021 10:24 AM
Best lagi fareez ngan fauzi..tapi takpala kasi chance anak amyza..suma pun masuk suka2 je
ADVERTISEMENT