Apabila berkunjung ke salon untuk mendapatkan gaya rambut baru, kita akan mengharapkan layanan yang selesa dan menenangkan.
Walaupun kadang-kala teknik yang digunakan pekerja salon agak asing bagi pelanggan, kita tidak akan berani untuk mempersoalkan cara mereka dan hanya akan berdiam diri sambil membiarkan pekerja salon melakukan kerja mereka kerana mereka lebih pakar. Namun ada kalanya pasti kita akan terfikir jika tukang gunting rambut mungkin melakukan kesalahan yang mereka tidak sedar, seperti yang berlaku kepada seorang lelaki ini.
Dalam sebuah video yang tular diTwitter, seorang lelaki sedang berada di sebuah salon dan menunggu untuk rambutnya dipotong. Namun tukang gunting rambut yang melayannya tidak henti-henti sembur air di rambutnya sehingga kepalanya basah kuyup dengan air. Setelah menunggu perkara itu berlarutan, lelaki berkenaan akhirnya hilang sabar dan mengambil botol penyembur dari pekerja salon terbabit sebelum menuangkan air ke atas kepalanya agar pekerja berkenaan puas hati. Tetapi walaupun setelah melakukan aksi tersebut, pekerja salon itu tetap tidak berhenti dan terus sambung sembur air pada rambut pelanggannya itu, membuat lelaki tersebut bengang. SUMBER TWITTER |
ADVERTISEMENT