Bakal melangsungkan pernikahan pada 12 Mac 2021 iaitu pada Jumaat ini, pastinya banyak persiapan sudah hampir selesai buat pasangan Risteena Munim dan tunangnya, Isa Khan. Namun, sebelum majlis berlangsung, mereka perlu menjalani ujian saringan bagi memastikan bebas daripada sebarang penularan wabak. Swab test sebelum nikah Jadi, menerusi Instagram mereka, masing-masing telah memuat naik video melakukan ujian saringan tersebut dan keputusan adalah negatif. Apa yang menarik perhatian adalah reaksi Risteena ketika melakukan ujian saringan tersebut yang seolah-olah menahan begitu sakit setelah hidungnya dicucuk alat saringan. Sampai terketar2 Dalam video berkenaan, pelakon berusia 32 tahun itu memaklumkan dia berasa sangat takut kerana menjangkakan saringan terbabit sangat sakit. Lebih memburukkan midsetnya adalah ketika diberitahu perlu menjalani ujian saringan itut jika mahu bernikah sehingga badannya terketar-ketar! “Bila dapat tahu, untuk akad nikah ni kena buat swab test dulu, terus terketar-ketar. Tapi tak dapat lari. Nak kawen kan 😜 I did it!” tulis Risteena. Berharap semua berjalan lancar Selain daripada Risteena, bakal suaminya, Isa Khan juga telah memuat naik video melakukan ujian saringan tersebut di Instagram. Dalam kapsyen yang disertakan dengan video itu, dia berharap supaya urusan mereka pada Jumaat nanti dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Faham rasa tu macam mana hahaha Menjengah ke ruangan komen di media sosial Risteena, ramai yang mendoakan agar pernikahan mereka nanti dilancarkan kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ada juga yang sempat meninggalkan komen menzahirkan rasa kasihan melihat pelakon itu dalam kesakitan setelah hidungnya dicucuk untuk tujuan saringan. Sumber: Risteena Munim, Isa Khan
|
piao replied at 10-3-2021 09:43 PM
terketar ketar xpe jgn smapi terkencing tercirit birit smua dah la,, jenuh plak nak kena MOP dgn air ...
Kurex replied at 11-3-2021 06:34 PM
Dari adik sampai ke kakak, dua2 garit dan sempudal. Tak payah la kau nak menggelupor, sebab setiap g ...
ADVERTISEMENT