Penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, menghentikan persekolahan tiga anaknya di sebuah sekolah antarabangsa di sini bagi mengikuti kaedah pembelajaran secara dalam talian dari rumah mengikut sistem disediakan Wolsey Hall Oxford dari United Kingdom.
Fazley berkata, tiga anaknya iaitu Ahmad Fariedz Shah, 13; Ahmad Fieradz Shah, 12; dan Ahmad Firudz Shah, 10, sudah beberapa bulan bersekolah secara dalam talian di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dengan mengikuti sistem itu. "Saya bersyukur kerana mereka gembira, selesa dan lebih fokus pada pelajaran. Kaedah ini tak jauh beza dengan konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini, cuma kaedah yang kami pilih ini saya dan isteri harus memainkan peranan 100 peratus memantau urusan pembelajaran anak-anak mengikut sistem ditetapkan. Pada masa sama, ia juga menjimatkan kos," katanya kepada Harian Metro.
Fazley berkata, sebelum ini anak-anaknya bersekolah di sekolah antarabangsa, namun penularan Covid-19 membuatkan dia dan isteri, Datin Azrene Ahmad sepakat mencari kaedah pembelajaran yang baru dan bersistematik untuk anak mereka. "Apa yang berlaku ketika ini membuatkan kami bimbang dengan keselamatan anak-anak di sekolah. Jadi, kami berbincang dan terfikir untuk mengguna kaedah pembelajaran di rumah tapi mengikut sistem yang berkesan. Maka, kami berusaha mencari kaedah diinginkan. "Justeru, selepas membuat pencarian didapati sistem pembelajaran di rumah disediakan Wolsey Hall Oxford ini sangat sesuai untuk anak-anak kami. Namun, saya ambil masa sebulan juga untuk membuat keputusan memberhentikan anak-anak di sekolah antarabangsa dan bersekolah di rumah," katanya.
|
sharlenetexas replied at 11-3-2021 03:42 PM
Jangan ajar anak2 ambil fake phd.
aotearoa replied at 11-3-2021 03:44 PM
Aku tak gemar pada homeschooling sebab tak ada ruang untuk anak-anak berkawan. Kalau pergi sekolah, ...
sharlenetexas replied at 11-3-2021 03:42 PM
Jangan ajar anak2 ambil fake phd.
aotearoa replied at 11-3-2021 03:44 PM
Aku tak gemar pada homeschooling sebab tak ada ruang untuk anak-anak berkawan. Kalau pergi sekolah, ...
aotearoa replied at 11-3-2021 03:44 PM
Aku tak gemar pada homeschooling sebab tak ada ruang untuk anak-anak berkawan. Kalau pergi sekolah, ...
sharlenetexas replied at 11-3-2021 07:42 AM
Jangan ajar anak2 ambil fake phd.
emera replied at 11-3-2021 05:01 PM
Ke sbb dah tak mampu nk bayar yuran? Mahal oiiiiiii.. kalau kau tak stable, income kau sebulan RM50k ...
ADVERTISEMENT