Pelakon, ikon media sosial dan usahawan, Wak Doyok kecewa dengan tindakan syarikat perjudian yang menyalahgunakan gambarnya untuk tujuan promosi iklan di media sosial. Wak Doyok ketika dihubungi berkata, ini bukan kali pertama dia berdepan dengan situasi ini. "Saya menerima mesej daripada pengikut di Instagram memaklumkan mengenai gambar saya yang digunakan satu syarikat perjudian untuk tujuan promosi. "Di sini saya nak jelaskan bahawa saya tidak ada sebarang pembabitan dengan syarikat itu dan memohon supaya pengikut di platform media sosial melaporkan penyalahgunaan ini di Facebook serta Instagram," katanya kepada Harian Metro. Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata, dia terpanggil untuk memberi penjelasan kerana apa yang berlaku menjejaskan reputasinya sebagai selebriti dan orang Islam. "Bukan saya saja, tetapi ramai juga selebriti lain pernah terkena perkara begini. Untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, saya tegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena dengan iklan ini," katanya.
Setakat ini, dia belum membuat keputusan sama ada akan membawa perkara ini ke peringkat selanjutnya atau tidak. "Sebelum ini, saya pernah berdepan situasi sama di mana gambar saya digunakan oleh 'scammer' untuk mengaut keuntungan. Kalau saya buat laporan polis, penyiasatan akan memakan masa lama dan polis pun akan memberi nasihat supaya berhati-hati. "Jadi, saya menyeru masyarakat di luar sana untuk membantu melaporkan mengenai iklan ini di platform media sosial masing-masing dan biar pihak Facebook atau Instagram yang akan memadam atau menyekat iklan itu," katanya. Dalam gambar yang digunakan sebagai iklan itu, gambar Wak Doyok disunting dan diletakkan berlatarbelakangkan pusat perjudian. Sumber: Harian Metro
|
JalaEmas replied at 11-3-2021 06:09 PM
gigih meols google tinggi wakdoyok.. 1.7m..takdelah rendah sgt pon.. tp asl die nmpk katik eh
ADVERTISEMENT