CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Tukang Masak Terperangkap 60 Jam Di Dasar Lautan Dan Diselamatkan

11-3-2021 11:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5002| Komen: 12|Original author: pestol


Lautan adalah tempat yang sangat besar dan menakutkan, yang mana kelihatan seperti tiada penghujung.


Namun ia jauh lebih luas dan menakutkan jika kita menyelam ke dasarnya. Lebih daripada 80% lautan di Bumi masih belum diterokai manusia, yang bermaksud bahawa jika kapal yang anda naiki tenggelam, ia mungkin berlaku di lokasi yang mana manusia masih belum pernah sampai.

Kapal-kapal yang karam bersama manusia sering kali hilang, malah pesawat yang membawa beratus-ratus penumpang juga mengalami nasib yang sama.


Sangat jarang kita dengar kes di mana manusia yang hilang di lautan kembali dengan selamat. Namun, ini adalah sebuah kisah tentang seorang lelaki yang terselamat dan dia mungkin antara manusia yang paling tidak bernasib baik dan juga bernasib baik, yang pernah hidup.

Lelaki tersebut adalah Harrison Odjegba Okene, seorang warganegara Nigeria yang mana pada tahun 2013 bekerja di atas sebuah bot biasa, Jascon-4, sebagai seorang tukang masak.

Bot Okene bekerja bersama-sama beberapa buah bot lagi pada malam 26 Mei 2013, kira-kira 32 kilometer dari pantai Nigeria di Teluk Guinea.


Ketika bot-bot ini sedang berusaha untuk bekerjasama menstabilkan kapal tangki minyak Chevron di laut yang bergelora, tiba-tiba gelombang ombak yang dahsyat menghentam Jacson-4, yang memutuskan talinya dan menyebabkan bot tersebut terbalik.

Jacson-4 dengan tenggelam dengan sangat pantas, membuatkan 12 kru bot tersebut menjadi sangat panik.

Kru-kru Jacson-4 terkunci dalam kabin mereka sebagai salah satu langkah keselamatan agar tidak diserbu oleh lanun. Walaupun terkunci dalam kabin bagus untuk perlindungan dari lanun, namun ia sangat berbahaya apabila kabin tersebut dipenuhi dengan air.

Okene bernasib baik kerana sejurus sebelum bot tersebut terbalik, dia meninggalkan kabin bot untuk ke bilik mandi.

Dengan hanya memakai seluar dalam, Okene melambung dan terperosok di dalam bilik mandi tersebut sebelum ia dipenuhi air. Okene memecahkan pintu bilik mandi untuk keluar dan kemudiannya menyaksikan rakan-rakannya dihanyutkan air keluar dari bot.

Okene kemudiannya dibawa air dari bilik mandi  ke sebuah lagi bilik mandi melalui lorong-lorong di dalam bot itu, di mana dia berjaya mencari ruang untuk bernafas sehingga bot tersebut tenggelam ke dasar lautan.

Jacson-4 terdampar di dasar lautan, 30 meter dari permukaan air atau sama dengan ketinggian bangunan tujuh tingkat,

Berhadapan dengan kesejukan yang melampau, Okene berjaya keluar dari bilik mandi kecil yang berbahaya ini dan berada dalam gelap-gelita.


Dia yang tidak dapat melihat dan sukar untuk bernafas, Okene cuba menggunakan tangannya untuk mencari jalan keluar. Sekali lagi nasib menyebelahi Okene apabila dia berjaya menemui ruangan kecil di penjuru bilik jurutera bot tersebut, satu-satunya ruangan yang masih tidak dipenuhi air.

Namun begitu, dalam keadaan hampir bogel, tanpa makanan dan air tawar, di bilik yang tersangat sejuk dengan kandungan oksigen yang semakin menurun, kebarangkalian untuk Okene terselamat tersangat lah tipis.

Ruangan yang tidak dipenuhi air itu sangat kecil, berukuran 1.2 meter tinggi dan dengan isipiadu 6 kubik meter, yang boleh membunuhnya dengan pelbagai cara.

Okene boleh mati akibat kehausan, mati akibat keadaan sangat sejuk, air laut boleh memenuhi ruangan tersebut membuatkan dia terperangkap, dia boleh mati akibat sesak nafas kerana kehabisan oksigen atau dimakan hidup-hidup oleh jerung-jerung yang berlegar-legar berhampiran.

Jadi, bagaimana Okene boleh terselamat dari segala jenis kebarangkalian untuk terbunuh ini?

Pertama, Okene berjaya menemui beberapa tin minuman di bilik jurutera tersebut untuk mengelakkan daripada dehidrasi.



Kedua, dia menemui tilam yang mana dijadikan sebagai pelampung untuk meletakkan bahagian dada dan kepalanya berada di atas air, yang membantu bahagian teras badannya daripada kesejukan serta mencegah berlakunya hipotermia.

Jika Okene tidak menemui tilam tersebut, air di dasar laut yang tersangat sejuk itu mampu membunuhnya dalam masa beberapa jam sahaja.

Namun, masalah terbesar dihadapi Okene adalah jumlah oksigen di ruangan kecil itu semakin berkurangan. Berdasarkan saiz ruangan kecil itu dan tekanan berada 30 meter di bawah permukaan lautan, had masa untuk bernafas mungkin hanya sekitar 60 jam.

Bukan hanya oksigen yang makin berkurangan mampu membunuh Okene, namun jumlah karbon dioksida yang dihembuskan melalui pernafasan juga boleh membuatkan dia terbunuh.

Entah kali ke berapa, nasib menyebelahi Okene, kerana karbon dioksida yang dihembuskan itu sangat mudah untuk diserap oleh air.

Dengan menepuk atau memercikkan air di kawasan sekitar, Okene secara tidak sengaja menambah luas permukaan air yang mana meningkatkan kadar penyerapan karbon dioksida.



Jadi, jumlah karbon dioksida dalam ruangan kecil itu tidak sampai ke tahap yang boleh membunuh.

Dan walaupun Okene terpaksa menahan kesedihan mengetahui rakan-rakannya dibaham oleh jerung-jerung, haiwan ganas itu tidak berjaya menemuinya yang terperangkap dalam ruangan itu.

Okene terperangkap dalam keadaan hampir tenggelam sepenuhnya, dalam ruangan kecil yang gelap gelita di dasar lautan selama 60 jam, membuatkan jumlah oksigen yang tinggal tersangat terhad untuk membolehkannya terselamat.

Ketika hampir kira-kira 1 atau 2 jam sebelum kehabisan oksigen dan mati, Okene akhirnya terdengar bunyi ketukan. Rupa-rupanya, Chevron telah menghantar sekumpulan penyelam untuk menyiasat dan membawa naik mayat yang ditemui.

Dan tanpa pengetahuan Chevron, ada seorang kru bot tersebut yang masih bernyawa. Okene mula mengetuk-ngetuk kawasan sekitar namun tidak didengari pasukan penyelam tersebut. Tiba-tiba, Okene ternampak cahaya dari penyelam yang berada berdekatan dengannya, membuatkan dia memutuskan untuk bertindak dengan lebih.

Para penyelam tersebut yang hanya menjangka akan menemui mayat terkejut apabila Okene memaut tangan salah seorang penyelam yang melalui kawasan tersebut.



Akhirnya Okene boleh menarik “nafas lega” kerana mendapat bantuan, namun risiko untuk terbunuh masih belum berakhir.

Selepas berada di dasar laut untuk tempoh yang tersangat lama sekitar 2 hari 12 jam, membawa naik Okene naik ke permukaan dengan cepat boleh menyebabkan berlakunya serangan jantung dan membunuh Okene.

Jadi, para penyelam tersebut memasangkan topi keledar menyelam, memasukkan Okene ke dalam “diving bell” dan membawanya naik ke permukaan laut. Kemudian, Okene memerlukan masa dua hari untuk proses penyahmampatan sebelum akhirnya kembali ke realiti normal, selepas mengalami mimpi ngeri nyata selama 60 jam.

Pengalaman ngeri Okene ini dipercayai sebagai tempoh paling lama manusia berada di dalam air tanpa sebarang bantuan peralatan menyelam.

Okene memberitahu bahawa dia terus mengalami mimpi ngeri tentang insiden ini dan bersumpah tidak lagi mahu kembali ke lautan untuk selama-lamanya.

Ketakutan yang dialami Okene ini dikenali sebagai thalassophobia, iaitu ketakutan yang berterusan dan kuat terhadap perairan dalam seperti laut, lautan, kolam atau tasik.



Rujukan:
2. CBC
4. Medium


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 12-3-2021 08:44 AM
Ya hamponnnnn, meols yg sesak napas tgk video tu.
Meols dok forward2, sbb mula2 tu mcm lambat nau.
Sekali terus sampai part dia grab tangan diver tu, terus terjerit yach. Syukur Alhamdulillah, terselamat beliau.
Quote Artemesiaa 12-3-2021 01:19 PM
Survival skill dia tinggi bantu selamatkan dirinya
Quote lolen 12-3-2021 02:28 PM
mmg mcm tu ye kalau dlm dasar laut? walaupon kapal karam tp ada jugak ruang yg x penuh dgn air

ingatkan asal karam je semua pelosok sudut yg air blh masuk

giles 60jam duduk sesorg tggu mati...mmg nasib dia tersangat baik ada rescue dtg

kalo ikut logik mmg xde org akan cari dah smpai dasar laut mcm tu
Quote malaygirl 12-3-2021 09:49 PM
Memang dia banyak bernasib baik kan. Kalau belum ajal.
Quote ledigugu 14-3-2021 06:57 AM
Quote bisamyhead 16-3-2021 11:20 PM
Syukur beliau terselamat.. tak dapat nak bayangkan keadaan beliau.. huhuhu
Quote nesloice 17-3-2021 02:26 AM
survival skill mantap
Quote Plain-tif 17-3-2021 11:34 PM
Takutnyaaaaaaaa
Quote farlis 18-3-2021 11:36 PM
Fuhhh..mmg bernasib baik..60 jam dlm air, nak naik pun 2 hari juga... Mmg  fobia ler...
Quote haifawehbe 20-3-2021 04:09 AM
boleh buat movie psl dia ni.. kagum dgn org yg ada survival skill yg tggi.
Quote Camarbiru16 20-3-2021 11:43 AM
Hebat survival skil dia...mmg masih belum ajal
Quote fido_dido 21-3-2021 12:06 AM
tarik2 nafas aku sambil membaca cerita dia..rasa mcm kita pulak yg lemas..tak boleh imejin
hebat survival skill dia..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.041744 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top