CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Minta Halal Makan Minum,"- Mesej Terakhir Pelajar Sebelum Maut Kemalangan

12-3-2021 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4972| Komen: 22

Segamat: "Beberapa hari sebelum nahas, Jamal Farhan kerap kirim mesej menerusi aplikasi WhatsApp minta halal makan minum kepada rakan sekelas," kata Siti Nur Farhana Zulkeflee, 17.


Siti Nur Farhana ialah rakan sekelas Jamal Farhan Jaafar, 17, yang meninggal dunia pada kemalangan di Kilometer 67, Jalan Muar-Segamat, berhampiran persimpangan lampu isyarat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat di sini, jam 5.50 petang kelmarin.

Jamal Farhan yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan, Batu Anam meninggal dunia di lokasi selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan pacuan empat roda.


Foto: Harian Metro

Siti Nur Farhana berkata, mesej berkaitan kemalangan itu tular di media sosial rakan sekolah jam 6.15 petang, hari yang sama.


"Ketika Jamal Farhan mengirim mesej meminta maaf, dia turut mengatakan ia bukan kerana dia hendak mati.

"Kami tidak sangka ia petanda dia akan pergi selamanya," katanya.

Menurut Siti Nur Farhana, Jamal Farhan adalah ketua kelas kepada 23 pelajar dan kerap menceriakan rakan.

"Jamal Farhan kerap berpesan supaya rakan mematuhi peraturan jalan raya, belajar dengan rajin selain hormat pada guru dan ibu bapa," katanya.

Menurutnya, Jamal Farhan yang tinggal di Kampung Paya Lebar di sini, baru meraikan ulang tahun kelahirannya pada 28 Februari lalu secara dalam talian.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Luas di Batu Anam, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat mengesahkan berkaitan kemalangan.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

"Pemandu pacuan empat roda yang juga lelaki berusia 36 tahun selamat," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 12-3-2021 08:37 AM
... innalillah...
Quote messymimi 12-3-2021 08:51 AM
innalillahiinnailaihirojiun
Quote EvieWanKenobi 12-3-2021 08:56 AM
Innalillah.. sedihnya.. semoga keluarga tabah ye..
Quote tumpanglalu74 12-3-2021 08:58 AM
Edited by tumpanglalu74 at 12-3-2021 08:59 AM



Ade orang kata sehari sebelom mati kita akan rase seronok sangat.  Takde tande langsung ajal nak sampai..

Quote Lengkong 12-3-2021 09:09 AM
Innalillah hiwainnailaihirojiun

Quote ctaz 12-3-2021 09:19 AM

Innalillah hiwainnailaihirojiun
Quote renko 12-3-2021 09:28 AM
sepupu saya
Allahuakbar... moga ada pembalasan untuk pemandu langgar lampu merah tu
T__T
Quote kucingitam 12-3-2021 11:28 AM
renko replied at 12-3-2021 09:28 AM
sepupu saya
Allahuakbar... moga ada pembalasan untuk pemandu langgar lampu merah tu
T__T

salam takziah..



Quote RinIna 12-3-2021 11:33 AM
renko replied at 12-3-2021 09:28 AM
sepupu saya
Allahuakbar... moga ada pembalasan untuk pemandu langgar lampu merah tu
T__T

Innalillahiwainnailaihirojiun... Salam Takziah.. Aamiin
Quote notM 12-3-2021 11:36 AM
Takut bunuh diri je.
Quote mejaputih 12-3-2021 11:43 AM
renko replied at 12-3-2021 09:28 AM
sepupu saya
Allahuakbar... moga ada pembalasan untuk pemandu langgar lampu merah tu
T__T

salam takziah...org yg tak bersalah yang jadi mangsa...
Quote AKAZ85 12-3-2021 12:23 PM
notM replied at 12-3-2021 11:36 AM
Takut bunuh diri je.

Bunuh diri camne lak ko ni.. Kan eksiden tu.. Adoiiii
Quote Nnasda53 12-3-2021 01:14 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Quote awanearisu 12-3-2021 01:34 PM
renko replied at 12-3-2021 09:28 AM
sepupu saya
Allahuakbar... moga ada pembalasan untuk pemandu langgar lampu merah tu
T__T

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Salam takziah dari kami kepada renko dan ahli keluarga beliau.
Quote Manjahati 12-3-2021 01:48 PM
renko replied at 12-3-2021 09:28 AM
sepupu saya
Allahuakbar... moga ada pembalasan untuk pemandu langgar lampu merah tu
T__T

Innalillah ...takziah ye
Quote azalia72 12-3-2021 01:50 PM
renko replied at 12-3-2021 09:28 AM
sepupu saya
Allahuakbar... moga ada pembalasan untuk pemandu langgar lampu merah tu
T__T

Innalillahiwainnailaihirojiuun.... Salam takziah buat seluruh keluarga.
Quote cap_ayam 12-3-2021 02:45 PM
renko replied at 12-3-2021 09:28 AM
sepupu saya
Allahuakbar... moga ada pembalasan untuk pemandu langgar lampu merah tu
T__T

Takziah kepada renko sekeluarga.. semoga tabah..
Quote sukacactus 12-3-2021 06:20 PM
renko replied at 12-3-2021 09:28 AM
sepupu saya
Allahuakbar... moga ada pembalasan untuk pemandu langgar lampu merah tu
T__T

Salam takziah!
Quote renko 13-3-2021 09:20 AM
terima kasih pada semua yang mendoakan

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057888 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top