Kecelakaan berpunca daripada pemandu mabuk sebenarnya boleh dielakkan bukan sahaja menerusi penguatkuasaan undang-undang, tetapi juga dengan penglibatan anggota masyarakat sebagaimana kisah dikongsikan aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Uncle Kentang berkata, dia tidak teragak-agak bertindak sekiranya ternampak individu mabuk yang cuba untuk memandu kereta. "Hanya kawan yang tak sayang akan biarkan kawan dia memandu dalam keadaan mabuk. Itu macam kawan baik, pergi matilah," kongsinya. Dalam pada itu, Uncle Kentang turut berkongsi satu peristiwa ketika dia pernah berada dalam pasukan polis, yang mana dia terus bertindak merampas kunci kereta milik pemandu mabuk yang cuba memandu. "Dulu semasa saya kerja polis, saya terjumpa satu lelaki Cina membawa kereta terhoyong hayang kiri dan kanan jalan di Jalan Ipoh. Saya merayu pada dia untuk berhentikan kereta. "Tak boleh arah. Kena beri salam dulu bos. Kalau tak, orang kata polis buli orang tua. Selepas beliau berhenti dan turunkan tingkap tanya saya apa hal, dengan bau Stout, Tiger, entah apa-apa lagilah. "Saya telah masukkan tangan dan tutup enjin serta rampas kunci. Kereta jenis dulu, kunci ada kat ignition. Kini tak boleh semua pakai push start. Aku ambil kunci dan campak masuk semak jauh-jauh. Padan muka apek itu," tulisnya. Bagaimanapun katanya, cara tersebut adalah cara lama dan sudah pasti pasukan polis ketika ini mempunyai kaedah dan prosedur tersendiri dalam menangani kes sedemikian. "Aku berani cakap kerana aku dah (jadi orang) awam dan tua. Dah dua belah kaki dalam kubur. Kalau sekarang tak sound direct, bila lagi... masuk kubur dah jadi bisu. Jangan ada yang marah aku... kebenaran tetap kebenaran," tulisnya lagi. Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan kekaguman mereka dengan cara lelaki tersebut ketika mengendalikan kes membabitkan pemandu mabuk. "Betul sangat-sangat uncle. Kepada yang minum dengan rakan, rampas kunci dia dan bawa dia balik atau biar dia tidur di kaki lima pun takpe asalkan tak bunuh orang. "Terbaik uncle, boleh dipraktikkan buang kunci kat semak. "Kalau dah minum arak tu, naik Grab balik rumah saja," demikian antara komen netizen. Sumber: mStar
|
salmon-suki replied at 12-3-2021 01:24 PM
U know what,kalau bangsa ni,hanya bangsa dia je y boleh tegur,maki..cuba bangsa lain buat,komfem jd ...
SalenaGomez: Kalau kat korea (ni SG tgk cite drama korea ya- tp rasanya mmg wujud) ade servis driver..,bila mabuk call je driver utk bawak kita n kereta balik ruma ...
Adrif replied at 12-3-2021 01:56 PM
tu la.. kalau dengan unit beruniform, terutamanya wanita. dia punya biadab tu.. orang tak racist p ...
ADVERTISEMENT